Kampung Labuan ,Kelantan Vs Sabah

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Assalamualaikum... akak nak belanja gambar sekitar gambar perkahwinan antara 2 lokasi negeri yang agak jauh iaitu Kelantan si pengantin lelaki dan Sabah si pengantin perempuan. Jangan tanya lebih akak pun tak pandai mengenai adat mereka ini.

Perkahwinan mereka dilakukan mengikut adat bajau darat yang lokasinya terletak di Kampung Labuan dalam daerah Kota Belud.


Pasangan merupakan pendidik yang baru saja berkhidmat. Pengantin lelaki merupakan anak kepada kawan lama suami akak. Kiranya perkahwinan ini merupakan reunion Abe Mat bersama rakannya yang hampir 30 tahun tidak berjumpa.

Info perkahwinan

Setiap lokasi di Sabah ini,wang hantaran pengantin ada lah berbeza.

Malahan wang hantaran tersebut diberikan berdasarkan tahap pendidikan si pengantin atau harta kekayaan keluarga pengantin.

Kalau di Kota Belud ini penduduk kaya dengan peliharaan kerbau. Jadi ketika majlis perkahwinan tersebut menu utama adalah daging kerbau yang dimasak dengan pelbagai jenis. Antaranya daging kerbau masak kari dan daging kerbau masak cili.

Malah ketika syok-syok makan terkejut akak dek bunyi mercun. Macam mercun perayaan CNY .

Bagusnya, tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan.



Kesimpulan


Setiap lokasi mempamerkan adat dan budaya unik setempat. Bertuahnya kita dapat hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.


Sekian.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

33 comments:

  1. wow meriah ye majlis kahwin..seronok tengok pelbagai adat dari negeri masing2

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ank sedara kawin orang sabah jugak..kat Lahad Datu..cumanya belah pengantin lelaki x buat majlis..cuma doa selamat jer..so kenduri ke adat2 tu mmg x tau...majlis belah anak sedara pun buat simple jer...ikut bajet..yg penting utamakan yang wajib...lgpun dua2 tgh belajar..anak sedara tgh PHD..yg suaminya plak pun plan nak sambung PHD jugak...dpt la jimat duit tu sikit2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, berbelanja pada perkara yang lebih memerlukan.

      Delete
  3. serius sedapnya daging kerbau
    haihh lama tak makan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. ikut kata perumpamaan "ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemua jua"... kalau dah jodoh pasti dipertemukan jua. Perbezaan budaya buat perkongsian kehidupan jadi bertambah menarik. Semoga pasangan sentiasa diberkati dan berbahagia hingga ke syurga.. aamiin :)

    ReplyDelete
  5. Memang semua berbeza adatkan. Tapi jenuh juga kalau hantaran ikut taraf pendidikan.. apapun kalau nak tak kisah la kan.. seronok la kak mah ye berjalan sambil mengantor

    Jemput baca : https://shidotdotcom.blogspot.my/2018/02/punca-dan-rawatan-mengatasi-masalah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok belajar adat negeri ini. Kami bekerja di Sabah.

      Delete
  6. Thanks for sharing such info, as a Chinese I always wonder why some weddings looks so different and this post cleared up so many questions I have.

    ReplyDelete
  7. Pergh memang terbaik dari kelantan berjumpa sabah.
    Semoga berbahgia sehingga akhirnya.

    ReplyDelete
  8. Best tengok adat dan budaya orang kawen. Saya permah ke Jakarta dan Palembang utk tengok majlis kawen orang sama. Juga berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap lokasi adat pasti ada bezanya.

      Delete
  9. Itulah uniknya negara kita yang berbilang bangsa dan budaya ini.

    Kawin pun banyak ada yang berbeza walaupun dari negara yang sama.

    Tapi itulah yang menjadika negara kita lebih berwarna warni

    ReplyDelete
  10. Seronoknya kalau SA berpeluang merasai budaya perkahwinan masyarakat di sana..mesti unik kan kak..SA suka bab-bab ni kak..cuma blom berekesempatan berkunjung ke sana

    ReplyDelete
  11. lagi satu kalau kat sabah,tak lengkap kalau tiada set karaoke;) jarang jumpa orang sabah yang tak pandai nyanyi. Semoga bahagia dunia akhirat:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kebanyakkan pandai menyanyi dan suara pun sedap.

      Delete
  12. Sabah and Kelantan.
    Jauh. Beza budaya. Tapi bersatu di pentas yg sama.
    Pelbagai budaya tu la buat Malaysia ni indah & seronok kan kakMah.
    Lom lagi perkahwinan beza bangsa, sama meriah dan penuh tradisi masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh tapi ada 3 kali seminggu direct flight Kota Kinabalu ke Kota Bharu.

      Delete
  13. dua buday bersatu dalam satu perkahwinan..tapi suka tang masakan guna daging kerbau tu. dah laam tak jumpa lauk kenduri ada daging kerbau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini banyak kerbau di sekitar Kota Belud.

      Delete
  14. Ohh baru tahu mas kahwin dekat sabah ikut kawasan ya. Menariknya info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kawasan berbeza malah taraf pendidikan pun diambil kira.

      Delete
  15. Tak pernah attend perkahwinan di negeri sabah, jauh sangat la nak ke sana semata-mata untuk majlis perkahwinan. by the way entah macam mana la rasa daging kerbau, tak pernah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah datang jika sahabat baik khawin sambil bercuti sini.

      Delete
  16. Ternyata bangayk sekali ya adat itu. Bisa dibilang setiap daerah pasti punya masing-masing. Oiya, saya belum pernah jumpa tuh sama daging kerbau, macam mana ya rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging sedikit liat berbanding daging lembu.

      Delete
  17. Wow! thanks for the information, i memang tak tau tentang adat perkhawinan kat sana. Now I kow a bit a bit already. Thanks

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif