8/24/2012
Tanjung Piai,Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
8/24/2012Tanjung Piai...Tanjung Piai Alang-alang sudah ada di sini,kami tidak akan melepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai. Tahukah anda ...
Tanjung Piai...Tanjung Piai
Alang-alang sudah ada di sini,kami tidak akan melepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai ini dikenali sebagai Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ianya terletak di mukim Kukup,berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Sebab itulah kami terus menuju ke sini. Inilah tarikan utama pelancong di sekitar Pontian ,Johor dan negara jiran kita Singapura.
Tanjung Piai terletak dalam kawasan Parlimen Pontian,nama yang diguna-pakai untuk pilihan raya.
Tanjung Piai juga terkenal dengan kelazatan restauran makanan laut.Turut dikenali dengan keindahan alam hutan paya bakau yang masih belum tercemar. Setibanya kami disini,sudah sedia menyambut kami si penyambut tetamu ini. Nasib baik kami tak diterkamnya.
Bagusnya disini turut disediakan ruangan khas untuk parkir motorsikal dan basikal. Unik bukan basikal...satu daya tarikan budaya menjaga kesihatan dengan mengayuh basikal.
Inilah mercu tanda "Tanah Selatan Benua Asia" ianya dibina pada tahun 2001. Dibuat dari gentian konkrit mesra alam oleh Kerajaan Johor dengan kadar ketinggian 20m dan 10m kelebarannya. Pastikan bila ke sini,ambillah gambar kenangan. Kalau nak tahu kisah Mercu Tanda ini bacalah di sini.
Jom! jangan buang masa lagi,kita teroka alam ini.
Salah satu sudut yang menarik perhatian saya mengenai Tanjung Piai.
Inilah paya bakau yang menarik perhatian saya. Sungguh semulajadi!
Abe Mat dah ajak kita ke jeti tu...Apa tunggu lagi,cepatlah langkah tu kita kejar Abe Mat.
Apa pendapat anda? Begitu sempurna ciptaan Allah...berani tak turun ke bawah ni?
Inilah jeti Tanjung Piai yang tersohor.
Sememangnya disediakan ruang santai untuk para pelancong/pengunjung di jeti ini. Bolehlah jika nak berehat sambil makan kuaci atau jangan sesekali lepaskan peluang bergambar di lokasi ini.
Bacalah sendiri papan atas tu...Abe Mat sedang fikir nak pergi ikut arah mana pula lepas ni?
Baiklah lokasi seterusnya...mana satu pilihan anda?
Tak tahu nak pilih pergi mana...? Baiklah kita rehat dulu disini,best juga teduh dari panahan sang mentari petang,sejuk dek rimbunan pepohon kayu...Bestnya!
Oleh kerana semua tak tahu nak kemana? Puan blogger kita tolong pilihkan...lihat jarinya tunjuk arah atas tu...Jom! kita ke sana.
Sila baca ini.
Inilah Selat Johor,yang sibuk dengan laluan kapal. Tanjung Piai dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Johor.
Antara pelancongan tempatan yang telah berada disini. Sanggup berpanas!
Tahniah! Abe Mat dah sampai. Anda bila lagi?
Akhirnya jejak juga kaki kami disini.Maka dengan ini berakhirnya ride kami yang dimulakan perjalanannya menuju ke Pulau Karimun ,Indonesia dan berakhir di Tanjung Piai,Kukup Johor. Bye-bye sehingga bertemu lagi. Kami nak balik KL dah ni.