12/31/2012
Rehat semalaman di Pak Bara,Thailand
12/31/2012Entry wordless semalam,pasti ramai yang terliur. Terima kasih kepada semua yang komen entry WORDLESS yang pertama saya paparkan semalam....
Entry wordless semalam,pasti ramai yang terliur. Terima kasih kepada semua yang komen entry WORDLESS yang pertama saya paparkan semalam. Kita teruskan pula kisah perjalanan bermotorsikal kami berdua,lokasi bermalam@rehat kami ialah ke Pak Bara. Dari Padang Besar,Perlis ke Pak Bara,Satun ini hanya 1-1 1/2 jam saja.Target awal kami nak kenal mana letaknya Pak Bara ini,di samping nak berehat dari kepenatan bekerja. Sampai di Pak Bara pun dah petang...boleh lihat suasana dingin petang dengan tiupan angin laut dibasahi pula oleh titisan hujan petang.Romantik bukan....sejuk dan basah kami sampai di Pak Bara.
Ini pula lokasi penghujung jalan pantai di Pak Bara.Sunyi bukan...maklumlah tak ada orang hujan masa ni...tapi renyai-renyai saja...kami masih main air hujan. Dah alang-alang basah,baik terus basah sebelum check-in bilik. OOoooo...bilik nak intai bilik yang berkenan di hati. Tak mahal sewa bilik sini,sekitar rm50 duit Malaysia.
Percaya tak? Kena percaya,di Pak Bara penggunaan Bahasa Melayu ada di papan tanda . Ini buktinya.
Deretan kedai pun lengang saja...dah petang ramai penghuni masuk bilik. Kami saja belum jumpa bilik yang berkenan di hati...Ada tak sesiapa nak tolong cari bilik untuk kami..Jom! kita cari bilik...dah nak senja ni.Tak baik senja-senja tak balik,nanti mak marah.