3/15/2012
Dien Bien Phu lokasi popular bagi pelancung asing di Vietnam
3/15/2012Kalau nak cerita mengenai Dien Bien Phu memang lah saya tak sanggup. Iyalah nanti akan membosankan.Jangan lupa baca link biru yang s...
Kalau nak cerita mengenai Dien Bien Phu memang lah saya tak sanggup. Iyalah nanti akan membosankan.Jangan lupa baca link biru yang saya letakkan di sini,boleh baca sambil meneroka sejarah Dien Bien Phu.Baiklah kita tinggalkan cerita sejarah lampau,berbalik ke kisah kami berdua yang mencari stesen bas utama di Dien Bien Phu.Ini lah stesen bas nya. Punya lah cari merata,rupa-rupanya berdepan je dengan budget hotel yang kami sewa.Kelakar pula...
Bukan setakat bas,di sini lah segala pengangkutan awam tertumpu. Lokasi tumpuan bagi semua pengangkutan dan ianya merupakan transit pelancong asing ke Loas dan Myanmar...Untuk pengetahuan pembaca sekalian,pelancong Eropah ini selalunya melancong secara backpack...pikul beg seorang satu dan naik pengangkutan awam di negara asing.Dien Bien Phu lah transit mereka keluar dari Vietnam.
Kemudahan semua ada di sini,jadi setiap pelancong hanya perlu peka dengan pergerakan pengangkutan yang mereka ingin gunakan.Sangkaan awal kami tiada pelancong asing selain kami berdua tetapi rupanya ramai bila petang menjelang, mereka semua sibuk menjamu selera di kedai kopi berhampiran malah ada juga sibuk mengkaji jadual pergerakan bas.Seperti biasa,saya lah model di sana ...iya lah mereka mana pernah tengok wanita ayu bertudung...hiiiihiii