4/24/2018
Bombon Kampung Marakau
4/24/2018LOKASI Assalamualaikum , lokasi tarikan pelancong baru. Ermm,tidaklah terlampau baru sebab sebelum ini. Kampung ini hanya buka pada pen...
Diberi nama Bombon Marakau. Sempena lokasinya bertempat di Kampung Marakau. Kalau dari Kota Kinabalu,kamu akan singgah berseronok di Kundasang terlebih dahulu. Barulah boleh bergerak turun ke Ranau. Di Ranau,banyak lokasi peloncong untuk kita lihat dan rasai sendiri pengalaman bercuti ala-ala kampung. Bombon Marakau ini merupakan lokasi "tagal".
Oleh itu tidak dibenarkan aktiviti memancing ikan-ikan yang sudah ditagal ini.
Ikan-ikan di lokasi ini kebanyakkan besar dan jinak. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan orang yang selalu bermainnya,ikan ini sangat jinak dengan pengunjung.
Inilah landmark untuk ke Kampung Marakau. Besar ikannya. Dari landmark ini,kalian terus saja menuju hingga sampai di persimpangan ada dewan orang ramai/dewan masyarakat. Bombon Marakau terletak disebelah kiri jalannya. Jangan risau,pastinya kalian tidak sesat disini.
Bayaran dikenakan juga sebanyak rm3, tidak lah mahal. Untuk makanan ikan pula ada disediakan dengan berbayar setiap pengunjung yang ingin membelinya.
Tahukah pembaca sekalian,kalau di semenanjung kita panggil makanan ikan. Disini pula mereka panggil baja ikan. Inilah indah bahasa tempatan. Bila bergaul dengan masyarakat setempat kita dapat sesuatu yang baru. Inilah ilmu kehidupan dunia.
Tips travel dan kesihatan
1. Pastikan kalian bawa pakaian lebih bila ke lokasi ini. Manalah tahu termandi pula di sungai yang jernih ini.
2. Pastikan sampai awal pagi ,jika plan mahu ke sini atau waktu petang. Lokasi ini terdedah dan ianya panas. Ada pohon kayu tetapi ianya tidak mencukupi jika ramai pengunjung.
3. Ada juga lokasi penginapan berhampiran. Paling popular di sini ialah Marakau Cabin Lodge.
4. Ada juga gerai jualan di lokasi ini. Terbaik bawa sendiri minuman. Kecuali nak membeli minuman tin,botol dan kuih-kuih di sini.
Rumusan
Bagi akak kalau yang bawa anak bolehlah bermain sepuasnya di sini,kerana lokasi ini masih baru dan tidak begitu ramai pengunjung. Sesuai sangat untuk kalian yang tidak suka terlalu sesak dengan orang ramai seperti di Tagal Luanti.
Yang penting kalian seronok bila bercuti. Marilah melawat Sabah,dekat jerrr tapi menarik. Bye hingga bertemu lagi.