Yit Foh Kopi

Assalamualaikum...masuk saja semerbak bau kopi. Peminat kopi sekalian ,jika anda terbang ke Sabah. Pastikan dalam jadual percutian kali...

www.ceritaku.my


Assalamualaikum...masuk saja semerbak bau kopi. Peminat kopi sekalian ,jika anda terbang ke Sabah. Pastikan dalam jadual percutian kalian selitkan sehari bersantai minum kopi di Tenom.

Tenom merupakan lokasi popular dengan pelbagai produk kopi tempatan. #kopisabah #kopitenom.

Kalau dari rumah akak di Kota Kinabalu ke Tenom. Jaraknya lebih kurang 161km,dalam 3 jam perjalanan. Ingat Sabah keadaan jalan raya berliku,dan mencabar. Jangan leka dengan pemanduan sepanjang perjalanan.

www.ceritaku.my



Kilang kopi Yit Foh sangat terkenal dengan produk kopinya. Malah dikatakan Tenom merupakan lokasi terbaik penghasilan kopi Sabah ini. Ada pelbagai produk kopi yang dihasilkan oleh kilang ini. 

Jika dulu penghasilan kopi dilakukan secara tertutup,tetapi inilah inovasi yang dilakukan oleh pihak kilang Yit Foh dengan membuka ruang tertentu untuk dipertontonkan kepada pelancong cara menghasilkan kopi terbaik ini.Sangat bagus bagi pembelajaran luar bilik darjah jika ibu bapa membawa anak-anak mereka melihat sendiri cara penghasilan produk ini. Secara tidak langsung ibu bapa dapat meningkatkan keakraban atau kemesraan ahli keluarga.


Antara pengeluar kopi Tenom utama dan terbesar ialah Kopi Yit Foh Tenom dan Fatt Choi Tenom Coffee. [1]


     
                                         www.ceritaku.my



Bukan setakat kanak-kanak boleh mengenal kopi secara langsung,kita yang dewasa pun dapat belajar kenal produk ini. Malah ada yang tidak minum kopi pun mungkin boleh jatuh cinta dan minum kopi bila terhidu aroma kopi yang menyelubungi ruang pameran ini.


       www.ceritaku.my


Tahniah buat Kilang Yit Foh ini. Inovasi pihak kilang berjaya menambat hati akak yang turut membeli beberapa kilo kopi. Lokasi ini ada ruang khas bagi peminat kopi untuk santai chit-chat sambil memesan minuman kopi yang pelbagai perisa,sama ada di dalam cafe atau ruang luar cafe.


  

Ada juga hotspots untuk bergambar disediakan. Kaki-kaki selfie....silakan bergambar jangan lupa #kopitenom #kopisabah #kopiyitfoh. Akak bukan duta tau!

                                      www.ceritaku.my

Tengoklah aneka kopi yang bakal kalian beli bawa balik ke rumah. Datang bawa duit saja. Malah turut disediakan perkhidmatan pembungkusan jika kalian nak hadiahkan pada kawan-kawan. Bukanlah macam balut hamper tu,mereka ada sediakan paperbag cantik jika ada permintaan dari pelanggan.


www.ceritaku.my


Pastikan bateri kamera kalian penuh bagi memenuhi aktiviti bergambar di sini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my


Kalau yang datang dari jauh nak menginap di sini,turut ada penginapan disediakan. Harganya bermula dari rm150 ke atas dan ianya mengikut kadar bilik yang berbeza di sini. Uniknya nama setiap bilik adalah dari nama-nama kopi. Itulah kelainan mereka.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
Cafe-makan dan minum
Ini pula cafe yang berasingan dari cafe kopi tetapi masih dalam kawasan yang sama. Akak mencuba nasi ayam thai dan kopi O rm1. Nasinya banyak kena kongsi dengan Abe Mat. Ketika kami singgah makan,cafe ini baru seminggu beroperasi. Turut dihidangkan akak dengan sup jagung,sedap. Maklumat yang akak perolehi dari pekerja cafe,mereka akan menghidangkan sup yang berlainan pada setiap hari .

Kalau kalian nak tahu,di Sabah masyarakat disini akan minum sup dalam setiap hidangan mereka. Jika makan nasi goreng,sup tetap diminum (sup kosong) begitu juga kalau makan mee,sup tetap dihidangkan.

Kesimpulan

Bagi sesiapa yang nak tahu mengenai kopi ini. Klik Facebook Yit Foh. Boleh dibeli produk ini secara online.
 1. LAZADA
 2. Shopee Malaysia

Kalau nak puas hati,datanglah Sabah kita minum sama-sama tapi awak bayar tau! Bye...hingga jumpa lagi.

You Might Also Like

2 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif