Sabah - Tambunan - Sinurambi
Tips travel dan kesihatan
Sinurambi Tambunan
4/12/2018
Assalamualaikum.
Kali ini akak bawa pembaca sekalian meninjau Pekan Tambunan melalui laman sesawang akak. Lokasi tarikan pelancong yang sedang dalam proses pembinaan hingga kini. Untuk melihat lebih gambar menarik pembaca boleh ke blog WARNA-WARNI. Cantik gambar didalam blog itu,bolehlah tinjau-tinjau gambar disana.
SEJARAH PENUBUHAN
Nampak tak bentuk "menara tinjau" ini. Menurut penjaga lokasi ini,reka bentuk menara ini diambil dari bentuk "sikut" atau dengan bahasa lain yang lebih mudah ialah "raga/bakul yang dipikul diatas belakang".
Sikut ini merupakan benda wajib bawa bila masyarakat tempatan mahu ke kebun atau ke hutan membawa keluar hasil tanaman. Diperbuat dari rotan yang berupaya menampung berat bebanan hasil pertanian seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.
Itulah uniknya sikut hingga diilhamkan kepada objek tarikan pelancongan yang dinamakan "Sinurambi".
Tahniah! orang Sabah. Kamu kreatif mencipta tarikan pelancongan yang berbeza dari lokasi lain.
Dari tinjauan akak,bila berada di atas menara ini hampir 80% Pekan Tambunan dapat dilihat dari Sinurambi.
LOKASI SINURAMBI
Ianya terletak di Kampung Dalungan,dibawah pengawasan Pejabat Daerah Tambunan. Laluannya ialah laluan menuju ke Gunung kedua tertinggi di Sabah iaitu Trusmadi.
Info lanjut akak kepilkan dari catatan blog SiGONOD.
Rujuk sini....
"Terdapat banyak signboard berhampiran dengan bulatan tersebut. Salah satunya ialah signboard Hutan Simpanan TrusMadi (TrusMadi Forest Reserve). Kami ikut arah yang ditunjukkan signboard tersebut.
Dari roundabout sompoton, jalan terus sehingga sampai di simpang tiga yang terdapat signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene dan Sister Putri Karmel & Brother CSE. Jangan masuk simpang tersebut tapi maju terus kedepan lagi. Tidak sampai 50 meter dari signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene, akan sampai di simpang tiga dengan signboard Hutan Simpanan TrusMadi sekali lagi. Masuk simpang tersebut (kanan) dan nampak signboard sinurambi Tambunan dengan jelas. Ikut arah yang ditunjukkan dalam signboard tersebut".
Untuk pengetahuan kalian jika bergerak dari Bandar Kota Kinabalu Ke Sinurambi, Tambunan jaraknya hanya 85km saja. Hampir 2 jam 30 minit perjalanan darat.
TIPS TRAVEL
1. Jika kalian dari Bandar KK (Kota Kinabalu),akak nasihatkan bertolak ke sini awal pagi. Sebab apa? Bila sudah pukul 10 pagi ke atas,bahang matahari agak panas dan nak bergambar pun tidak begitu sesuai.
2. Waktu sesuai di Sinurambi, Tambunan. Awal pagi dapat melihat dengan jelas pergerakan awan yang agak tebal disini,dan melihat secara langsung matahari naik. Waktu petang juga ramai yang datang melihat matahari terbenam.
3. Berpakaian yang sesuai kerana tiupan angin yang agak kuat bila berada di aras tertinggi Sinurambi ini.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke lokasi ini, jagalah kebersihan lokasi pelancongan yang cantik ini.
5. Bawa bekal minuman dan makanan didalam kenderaan anda,kerana bila pukul 10 ke atas sudah panas cuacanya. Tiada kedai/gerai makanan disini (masih dalam pembinaan).
6. Bagi kalian yang ingin menginap,boleh turun ke Pekan Tambunan. Malah di masa depan kelak akan ada lokasi penginapan di sini,ianya masih dalam pembinaan.
KESIMPULAN
Jagalah lokasi pelancongan kita agar ianya kekal bersih dan jangan lupa war-warkan pada dunia luar. Gambar menarik lokasi kalian boleh lihat di IG akak,cepat-cepat like dan follow.
Akak tinggalkan pembaca dengan LINK INI. Bye ,hingga jumpa lagi.
12 rajin tulis
Cantik sangat kalau dapat ambil gambar kat situ...
ReplyDeleteBetul. Kena awal pagi. Baru selesa bergambar.
DeleteSuka koklusion tu
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSeronoknya.. cantik
ReplyDeleteIya. Mungkin sekarang lagi cantik.
Deletewowwww,,cantiknyaa... ;)
ReplyDeleteIya. Lokasinya cantik.
Deletesaya sendiri blm sampai ke sinun kak mah.. walaupun brunei dekat juga nak ke sana.. suasana bersih dan cantik. udara pasti segae kan kak
ReplyDeleteBetul. Lokasi tertinggi mengadap bandar. Marilah datang Sabah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih byk atas perkongsian yang menarik.
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif