9/21/2016
Sabah Tea
9/21/2016Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, salam dari Borneo. Salam dari Sabah Tea. Lokasinya di Ranau. Memandulah sekejab dari Pekan Ranau ...
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian, salam dari Borneo. Salam dari Sabah Tea. Lokasinya di Ranau. Memandulah sekejab dari Pekan Ranau melimpasi laluan luar Poring Hot Spring. Sangat dekat. Seperti ladang teh di semenanjung ianya perlu memandu masuk ke dalam dari jalan utama. Nama lagi ladang semestinya luas dan saujana mata kalian memandang.
Pastinya kalian tertanya-tanya jenis teh yang ditanam disini:Rujuk bawah
"Ia adalah ladang teh komersil terbesar di Borneo dengan 1000 ekar ditanam dengan teh Camellia Sinensis semulajadi yang unggul. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa ladang teh di dunia yang menghasilkan teh organik.Keseluruhan kawasan ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika. "
Waktu sesuai melawat sekitar jam 8.00 pagi hingga jam 12.00. Waktu lain pun boleh melawat,tiada salahnya. Hanya akak bagi tip waktu ini bagi mengelak kalian kepanasan jika dah tengahari. Selain itu,jika sampai awal kalian pasti sangat puas hati menikmati kehijauan teh yang disinari sang mentari pagi. Bab makan jangan risau ada restauran di lokasi. Begitu juga dengan penginapan rumah panjang pun ada. boleh lah kalau nak merasa tidur di rumah panjang.
Untuk gambar yang lebih menarik bolehlah kalian klik SINI
Gambar diambil di dinding restauran |
Restauran |
Rumah panjang yang disewakan kepada pelancong |
Maaflah akak tidak ingat berapa kadar sewa rumah panjang ini. Jangan risau kalian boleh cari di FB Sabah Tea. Jangan lupa juga bagi peminat teh nikmatilah secawan teh sebelum pulang.
Sekian saya paparan entry yang lama tertangguh. Roger-roger akak di IG jika kalian sampai di Sabah. Selamat menjelajah Borneo.