Hari 2 - Ban Pong, Chiang Mai
11/27/2021Assalamualaikum,salam jelajah Day2 perjalanan yang mencabar. Seronok sangat awak! Ini pengalaman menarik dan berharga. Tidur dalam keretapi...
Assalamualaikum,salam jelajah
Day2 perjalanan yang mencabar. Seronok sangat awak! Ini pengalaman menarik dan berharga. Tidur dalam keretapi. Asyik tersedar saja,maklumlah pertama kali,teruja sangat. Keretapi pula pergerakan ia sekejab laju,sekejab perlahan. Mungkin kondisi jalan yang memerlukan ia bergerak laju atau perlahan.
Abaikan keretapi yang bergerak sekejab laju dan perlahan. Pemandu keretapi dah ada,tahulah dia memandu. Sambung tidur. Walau pun sambung tidur tidak juga lena sebenrnya. Sekadar lelap mata dan berehat. Kena rehat secukupnya,esok pasti memerlukan tenaga yang lebih lagi.
Dalam hati sebenarnya takut-takut juga,kalau terlepas destinasi yang dituju. Sebab sebelum tidur dah saling mengingati dengan Abang Mat untuk mendengar pengumuman hentian destinasi. Takut terlepas kena buat plan kecemasan pula. Tapi itulah,janganlah mengaharap sangat khuatiri kesibukan peramugari nanti terus lupa pesanan kami.
Alamak dalam diam-diam,tak juga lena. Sudah jam 2 pagi. Hampir subuh.
Akak terlelap juga,sedar-sedar jam 5. Rupanya Abe Mat bangun diam-diam. Terus turun, cuci muka dan gosok gigi. Sedia nak solat. Usai solat atas keretapi. Sempat juga tengok wasap dan kemas-kini lokasi perjalanan untuk pengetahuan keluarga Kelantan. Ini rutin yang akak buat,bila travel saja wujud group wasap baru untuk melapor pergerakan dan berkongsi pengalaman dengan keluarga.
Jam 7, Selamat pagi Thailand. Terang dah ! Seronok pula tengok gelagat peniaga yang begitu rancak beroperasi menjual kerepek pisang sira. Terjebak membeli juga. Serius...SEDAP!
Tips perjalanan:
1. Maklumkan pada staf, lokasi anda nak turun. (mereka ingat pesanan kita-mungkin mereka catat dalam buku log perjalanan).
2. Kena ingat/wajib ingat koc/gerabak kerebak kita. Bila berada dalam keretapi ianya kelihatan sama saja. Rugi masa kalau tersesat dalam keretapi.
3. Hati-hati dengan pengambilan makanan (kena sedia maklum- ini negara asing,bab halal, hara, kena teliti).
4. Kena bawa ubat sakit perut- manalah tahu kot terkena cirit-birit.
5. Cari hotel/guesthouse yang sering didiami oleh pelancong asing. Hotel begini selalunya lebih sempurna fasiliti kerana pengurusan mereka sudah mahir dengan keperluan pengunjung/ penginap yang bermalam.
6. Kalau boleh cari hotel/guesthouse yang berdekatan dengan "night market" - senang untuk kita mencari keperluan makanan. Selalunya gerai makanan halal pun banyak disitu.
7. Carilah penginapan yang "ground floor"/aras bawah - senang nak parking motor juga senang mak pam motor. Maklumlah motor bawa beban oarng hidup yang makan semua makanan sedap,pasti berat tu....
Link gambar boleh klik SINI
Sambung cerita....
Lebih kurang jam 10 lebih-lebih sikit. Sampailah
kami di Ban Pong. Turunkan bagasi pakaian dan sabar tunggu staf menurunkan
motorsikal dari gerabak.
Motor dah siap. Marilah kita bergerak mencari
lokasi penginapan. Kami tak buat tempahan pun. Kita terjah beb….jangan tiru
gaya terjah begini. Perut dah dendang lagu keroncong. Kami utamakan keinginan
perut dulu. Alhamdulillah jumpa menu halal yang sedap. Nasi komok dan air
nescafe serta air mineral bernilai B110 saja untuk kami berdua sarapan
merangkap menu tengahari.
Perjalanan mencari lokasi penginapan
diteruskan. Akhirnya kami jumpa bilik bernilai B400 dengan bilik air didalam.
Disediakan juga air mineral dalam bilik. Bolehlah. Tiada tempat nak sangkut
baju. Susah juga ni..akak nak cuci baju. Nanti difikir dulu cara nak selesai
masalah ini.
Nama penginapan kami ini “ Canan Guesthouse”.
Kami buat pencarian melalui aplikasi “map me” senang terus sampai ke lokasi
ini. Lokasi ini sering menerima pelancong asing. Ada ruang santai di ruang
utama . Yang seronok lagi memudahkan ianya hanya 200 meter dari “night
market”dan Stesen bas Kanchanaburi . Jalan kaki pun sampai.
Night market disini,rupanya buka awal. Jam 4
petang dah mula beroperasi. Banyak sudah gerai buka dan mula berjualan. Macam
meriah jerr… Kalau nak ambil gambar lokasi night market ini,petang sesuai
sangatlah. Orang dah mula ramai kerumun gerai makanan,baru cantik snap gambar.
Nak tahu lokasi menarik di Kanchanaburi ini…jom
tengok senarai bawah:
1.
Kanchanaburi
War Cemetry- Kawasan perkuburan yang menjadi landmark pelancong negara
Thailand. Dijaga cermat. Ianya merupakan antara tinggalan sejarah yang masih
dijaga rapi. Lain-lain info ,sila google di laman sesawang. Masuk percuma
disini. Nak ambil gambar cantic kena waktu petang. Petang pula,merupakan waktu
kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja sini-boleh lihat cara kerja
mereka,boleh lihat mereka menyiram rumput lokasi perkuburan ini. Sebab itu kita
boleh lihat Kawasan perkuburan ini menghijau rumpunnya,kerana sentiasa dijaga
rapi oleh pekerja.
2.
River
Kwai Bridge – ini juga lambing sejarah Tahailand merangkap catatan dunia kisah
lampau yang menjadi sejarah yang
terlibat. Waktu sesuai nak bergambar ialah awal pagi dan lewat petang. Hasilnya
pasti dapat gambar cantik. Banyak gerai menjual cenderahati disekitar lokasi
ini. Ada perkhidmatan berbayar “boat trip” atau “train trip”. Kami tak
berkesempatan .
3.
Jeath
War Museum – sebelah River Kwai Bridge saja. Ada menjual pelbagai barangan
cenderahati dan batu permata.
Semakin maju lokasi ini. Siang hari boleh membeli-belah
aneka barangan cenderahati,ada pakaian,seluar kraf,aksesori wanita dan barangan
seperti batu permata turut dijual. Bila petang menjelang tepi sungai yang sedia
wujud gerai makanan lengkap dekorasi menarik turut menghidangkan aneka menu
sedap khas air tangan masyarakat tempatan. Bagi yang datang dengan perut kosong
boleh mencuba menu-menu di gerai tersebut.
Tamat,kisah River Kwai Bridge.
Sambung cerita akak pula,
Kami tak juga membeli apa-apa di River Kwai
Bridge- sekadar berjalan mengimbau kenangan kami pernah ke lokasi ini lebih 10
tahun lepas…banyak sangat perubahan dan kemajuan lokasi ini. Sememangnya
Kerajaan Thailand amat menjaga dan memberi penekanan yang bagus kepada penduduk
tempatan untuk memajukan lokasi pelancongan. Kita sedia maklum Negara Thailand
ini amat menitik-berat sector pelancongan kerana ianya merupakan sumber utama
kepada ekonomi negara . Tinggalkan cerita ini.
Mari baca kisah akak seterusnya,usai mengetik
beberapa foto di sekitar River Kwai Bridge,Kanchanaburi War Cemerty dan Jeath
War Museum kami bergerak pulang ke penginapan. Maklumlah dah petang . Tak terus
pulang tau! Jalan lagi,alang-alang dah gelap singgah terus di night market
untuk makan malam. Menu kali ini,nasi goreng daging . SEDAP!!! Nasi goreng
daging dan sup daging serta ubat sakit perut harga B240. Abe Mat sakit perut
itu sebab kena beli ubat sakit perut,kami minta bantuan Tuan gerai makan beli
ubat di farmasi.
Tak cukup dengan itu kami beli 2 bungkus roti
dan air susu ( ini bekalan untuk sarapan esok).Harga B75.50.
Selesai makan,kenyang. Kami balik ke bilik.
Pagar dah kunci! Kami telah diberi awal-awal oleh pemilik Canan guesthouse
kunci bilik dan pagar. Kena buka sendiri pagar untuk parking motor di dalam dan
terus kunci. Ketika berjalan menuju ke bilik kami,kedengaran suara berbisik
dari bilik penghuni lain-begitu lah saling menjaga keharmonian suasana supaya
semua penghuni/penginap selesa berehat dengan aman tanpa gangguan suara.
Tips perjalanan:
1.
Berhati-hati
dengan pengambilan(pembelian) makanan- khutir terkena keracunan makanan. Faktor
kebersihan boleh menjadi punca kepada keracunan,maklumlah proses penyediaan
makanan untuk dijual terdedah persekitaran yang tidak kita tahu tahap
kebersihan.
2.
Lokasi
pelancongan di Kanchanaburi ini banyak tapak sejarah lampau. Untuk mengambil
foto kenangan perlu ke lokasi awal pagi (tapi dikhuatir tidak dibuka terlalu
awal pagi) atau petang. Tengahari terlalu panas dan pencahayaan yang agak
terang,kecuali rajin dan pandai main penataan kamera.
Sambung cerita…
Sampai saja dibilik,kami rehat dan bersihkan diri. Abe Mat kepenatan akibat keracunan….letih dan perlu tidur awal untuk sambung trip seterusnya esok pagi. Selamat malam Kanchanaburi,jumpa esok.