7/31/2012
Kukup ke Pulau Karimun
7/31/2012Pada episod yang lepas ada dikalangan pembaca bertanya,adakah Abe Mat dan saya memakai jaket keselamatan semasa menaiki feri ini. Sebena...
Pada episod yang lepas ada dikalangan pembaca bertanya,adakah Abe Mat dan saya memakai jaket keselamatan semasa menaiki feri ini. Sebenarnya kami duduk berhampiran jaket keselamatan,setiap kali menaiki kapal atau feri kami sememangnya mencari lokasi penyimpanan jaket keselamatan.Maklumlah bukannya saya pandai berenang.
Perjalanan feri dari terminal Kukup ke Pulau Karimun jaraknya menghampiri 1 jam. Untuk pengetahuan pembaca pergerakan cepat atau lambat untuk sampai bergantung pada gelombang ombak semasa.Jika lautan tiada gelombang ombak besar cepatlah pergerakan feri penumpang ini,begitulah sebaliknya.
Mungkin ada dikalangan pembaca sekalian yang pernah membaca artikel Pulau Karimun dalam Berita Harian,tak mengapa bagi yang belum boleh baca cerita yang ditulis oleh Mohd Azis Ngah.
Inilah pemandangan sebenar disekitar pinggir laut Kukup.
Situasi perkampungan air.
Lokasi penternakan ikan dalam sangkar.
Sumber ekonomi masyarakat melalui penternakan ikan dalam sangkar.
Oleh kerana ianya merupakan satu punca pendapatan,kami mendapati memang banyak lokasi penternakan ikan secara berkelompok disini.
Air rezeki mereka,pagi mereka bekerja mendapat duit melalui air.Malam pun ada yang masih tinggal atau menginap disini kerana AIR REZEKI MEREKA.