Phromthep Cape

Bagi anda yang sudah beberapa kali ke Phuket pasti dah tahu selok-belok jalan di sini.Kalau yang pertama kali sampai di Phuket pun pasti...


Bagi anda yang sudah beberapa kali ke Phuket pasti dah tahu selok-belok jalan di sini.Kalau yang pertama kali sampai di Phuket pun pasti tidak akan sesat....senang saja,maklumlah ianya pulau kalau sesat pun hanya di pulau ini saja.Sebenar kami nak ke lokasi Phromthep Cape/sunset view.


Orang lain pergi waktu senja menjelang tapi terbalik pula kami ke Phromthep Cape ini waktu matahari baru nak naik ke tengah kepala. Tengahari kami di sini,memang cantik...kami boleh bayangkan kalau di waktu senja tak kala mentari sedang tenggelam...wow! pemandangan mesti cantik. Ketika ini pun pemandangannya amat cantik dan menyenangkan. Silakan pembaca sekalian melihat pemandangan sekeliling yang sempat saya ambil di Phromthep Cape ini.




Betul tak apa yang saya cakap....pemandangan yang cantik,ditiup pula angin yang menyejukkan badan.Amat puas hati jika anda menjejakkan kaki di sini sambi menikmati keindahan alam.



Lokasi inilah yang menjadi tumpuan para pelancong bila senja.


Tak ketinggalan ada rumah ibadat bagi masyarakat setempat.Kebetulan ketika sampai mereka sibuk membersihkan seluruh lokasi ini. Cuba perhatikan gambar sebelumnya....bersih kan?

You Might Also Like

7 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif