Nasi briyani versi Phuket

Pepagi lagi dah meronda hingga ke Phromthep Cape,memang kami tak sempat mengambil sarapan pagi. Tambahan pula ini merupakan hari terakhi...


Pepagi lagi dah meronda hingga ke Phromthep Cape,memang kami tak sempat mengambil sarapan pagi. Tambahan pula ini merupakan hari terakhir Ride Andaman ini. Kami merancang nak singgah mana-mana gerai makanan islam. Sayangnya,kebanyakkan kedai lambat buka,setelah puas hati bergambar di Phromthep Cape barulah kami bergerak perlahan menerjah lokasi perkampungan yang berdekatan. Ternampak pula gerai makanan ini. Bila ditanya,menu utamanya nasi briyani tanpa fikir panjang kami buat pesanan.Untuk pengetahuan pembaca sekalian,nasi briyani di Thailand ini memang sedap kerana tanpa lauk kita sudah boleh makan nasi briyani ini.Tetapi kenalah pandai memilih gerai jualan,khuatir terpilih gerai yang kurang enak jangan marahkan saya..hiiihii.


Ini pula salah seorang pelanggan tetap gerai nasi briyani. Penduduk asal disini tapi boleh bercakap bahasa Melayu kerana isterinya orang utara Malaysia.Memiliki kedai hardware bersebelahan gerai nasi briyani ini. Seronok berjumpa tauke hardware ini boleh berkongsi pelbagai cerita menarik mengenai masyarakat disini.


Gerai nasi briyani yang terletak di pinggir jalan utama,memang sentiasa penuh dengan pelanggan.Nasi briyani merupakan menu utama,nasi putih pun ada.Terserah pada pilihan pelanggan.

You Might Also Like

5 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif