Kuala Lumpur
Pemandangan cantik dan unik
Special Ride SMK BATU MUDA 2012
1/11/2013Salam sejahtera ,salam mesra buat semua pembaca. Untuk paparan entry kali ini saya ceritakan aktiviti guru PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Batu Muda,Kuala Lumpur) lakukan dengan kerjasama dengan Kelab Motorsikal berkuasa tinggi bagi menjayakan program Special Ride di sekolah ini.Sepanjang seminggu saya bersama rakan sejawat serta bantuan kakitangan sekolah ini bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar. Abe Mat merupakan orang yang penting di sebalik tabir kejayaan membawa rakan biker untuk acara penutupan program ini. Selama seminggu juga,kami membuka peluang dengan menjemput seluruh sekolah aliran PPKI di Wilayah Persekutuan ,Kuala Lumpur datang melawat Program PPKI sekolah kami. Acara pembukaan program ini diserikan dengan tarian "Aku Anak Kampung" dari program PPKI SMK Dato' Ibrahim Yaakob dan nyanyian lagu Korea serta "Ombak Rindu" dari wakil pelajar PPKI SMK Pendidikan Khas,Setapak (Penglihatan). Memang gempak....semua terhibur dan terpukau dengan persembahan mereka...maklumlah baru pertama kali program sebegini setelah 4 tahun program PPKI ini dibuka di sekolah ini. Jom..! kita lihat ...gambar-gambar kenangan di bawah.
Pelajar kurang upaya pendengaran yang membuat persembahan...tarian. Hebat bukan,tak boleh mendengar tetapi dengan kehebatan seorang guru mendidik mereka...dan seterusnya berjaya memepersembahkan tarian di majlis pembukaan ini.
Ini juga anak-anak khas dari SMK Dato' Ibrahim Yaakob.Terima kasih kerana sudi datang sekolah kami.
Puan Pengetua dan Penolong Kanan PPKI SMK Batu Muda....terima kasih kerana meluluskan kertas kerja program ini.Juga terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami (staf PPKI) menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang program ini.
Wakil biker lelaki diminta berucap.
Wakil biker wanita turut diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata.Kita lihat hasil seni @ kraftangan yang dijual kepada umum sepanjang program ini.
Dihasilkan oleh pelajar PPKI,dibantu oleh guru seni.
Aktiviti kraftangan yang dibuat semasa program terus dijual kepada yang berminat. Kelihatan seorang pelajar perempuan aliran perdana yang turut teruja membantu.
Hasil jualan yang diinovasi untuk jualan amal.
Salah seorang pelajar yang menghasilkan produk seninya untuk jualan.
Lelongan majalah lama.
Hasil seni yang hangat.....mendapat tempahan.
Sangat laris.
Sepanjang seminggu ...kami beraktiviti .
Pelajar aliran perdana turut teruja mencuba salah satu alat bantu mengajar.
Pembuat kraf rotan yang sudi membuat pameran dan jualan di sekolah kami.
Terima kasih kepada guru-guru sekolah ini yang khabarnya turut membelanjakan hingga ratusan ringgit membeli produk seni kami.Terima kasih kerana menyokong kami.
Produk yang dihasilkan oleh pelajar.
Kotak pensil hasil pelajar PPKI SMK Batu Muda.
Upppss....puan blogger kepenatan...
Terima kasih Kang Latep,kerana sudi hadir. Beliau juga seorang blogger dan rider.Yang ingin membaca hasil tulisan beliau bolehlah ke paparan YOK REMPITAN.Saya lebih suka memanggilnya dengan nama Kang Latep,beliau telah mencatatkan didalam blognya mengenai aktiviti ini dalam penulisannya yang bertajuk :Ride Minggu Pendidikan Khas, bolehlah serbu blognya.
Deretan biker yang hadir.
Perkenalkan Cikgu Ajie....merupakan biker dan marshal ketika hari special ride ini. Vroommm Ajie memang power semua hadirin terkejut.Terima kasih Cikgu Ajie.
Anak-anak khas yang diberi peluang menunggang motorsikal berkuasa tinggi pada hari tersebut. Sangat teruja mereka.
Terima kasih atas kehadiran guru-guru dan sekolah PPKI yang turut bersama memeriahkan aktiviti sepanjang seminggu.
Khabarnya anak PPKI ini merajuk nak naik motorsikal,hampir 10 minit dipujuk oleh guru.
Pelajar yang hadir turut diberi gula-gula oleh pihak PPKI SMK Batu Muda.Terima kasih semua,kerana menyokong kami.
Lambaian seorang biker bersama murid istimewa.
Bukan setakat anak-anak murid yang teruja,guru-guru pun sama.
Terima kasih MILO kerana memberi minuman percuma kepada semua warga SMK Batu Muda.
Cikgu Ajie....bawa siapa tu?? (Pelajar kami Azni sudah berpindah ke Terengganu).
Barisan para guru yang bersama meraikan anak-anak khas dan biker.
Murid-murid dan tetamu jemputan mendengar ucapan alu-aluan dari Pentadbir Sekolah. Sungguh santai.
Tak sah kalau biker datang dan murid tidak naik motorsikal.Begitu seronok murid-murid khas diberi peluang menaiki motorsikal berkuasa tinggi mengelilingi Kampung Batu Muda. Sangat teruja mereka kerana ianya satu pengalaman yang baru bagi mereka.
Uppsss...Abe Mat pun ada.
Terima kasih kepada semua biker yang sangat baik hati dan sudi memeriahkan majlis kami.
Bukan saja kami warga SMK Batu Muda teruja dan seronok dengan aktiviti ini,malah guru dan murid sekolah berdekatan yang turut serta amat seronok...,lihatlah wajah ceria,gembira mereka.
Puan Pengetua....mengambil kesempatan bergambar dengan Lady Bikers...uppsss....puan blogger tumpang juga.
Terima kasih....biker . Anda memang hebat!
Wooww! Cikgu Ramlan pun sempat posing,beliau merupakan guru kesukaan ramai di SMK Batu Muda.
4 rajin tulis
Salam, eh boleh jemput untuk event che mid ni.. sebelum ni pernah juga contact KL Bikers..
ReplyDeletewah...meriahnye mcam2 aktiviti ada
ReplyDeleteabg mat dh tukar motor baru ke?
ReplyDeleteserunye.......
ReplyDeletenice moment
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif