9/28/2012
Cat Ba Island
9/28/2012Cat Ba Island....mesti ramai tertanya-tanya lokasinya di mana? Terletak di pinggir tenggara Halong Bay, iaitu utara Vietnam. Ianya dari...
Cat Ba Island....mesti ramai tertanya-tanya lokasinya di mana? Terletak di pinggir tenggara Halong Bay, iaitu utara Vietnam. Ianya dari 366 pulau yang merangkumi 260km2 daripada Cat Ba kepulauan yang membentuk Halong Bay. untuk pengetahuan anda Cat Ba Island selalunya disinggah semalaman oleh para pelancong yang ingin ke Halong Bay.Cat Ba Island terletak dalam Bandar Haiphong. Kami bertolak dari Hanoi dan bermalam di Bandar Haiphong yang dikenal sebagai bandar industri di Vietnam.Kami merupakan pasangan Melayu Islam pertama sampai di Cat Ba Island,menurut seorang rakyat Vietnam yang kami temui di Cat Ba,dan beliau begitu teruja bila bertemu kami kerana beliau ingin bercakap Bahasa Melayu.Pernah menetap bekerja di Malaysia beberapa tahun sebelum kembali ke Vietnam untuk berumahtangga dan menetap di Cat Ba Island.