11/12/2018
Oceanus Lighting Festival
11/12/2018Assalamualaikum,salam dari negeri “Bawah Bayu”. Hujung tahun nak berjalan kena lihat lokasi sebab akak penuh dengan undangan ke majlis mak...
Assalamualaikum,salam
dari negeri “Bawah Bayu”. Hujung tahun nak berjalan kena lihat lokasi sebab
akak penuh dengan undangan ke majlis makan malam atau undangan
perkahwinan,semuanya sesi ternak lemak.
Okay
,sekarang akak nak cerita perihal pesta lampu yang heboh di Bandar Kota
Kinabalu. Lokasi di Oceanus Fantasy Lighting.
Nanti
detail kamu rujuk link dibawah :
Lokasi
: Depan Oceanus Waterfront
Bayaran
rm 5 saja ,bagi akak ianya berbaloi dengan bayaran kerana lampunya LED yang
direka dengan pelbagai kreativiti yang cantik dan sangat menarik untuk
difotokan sebagai kenangan.
Lihat
gambar bawah.
Gambar lain kamu boleh lihat dalam album (klik SINI).
Kesimpulannya:
acara ini kalau tidak silap akak ianya kali pertama dilakukan di Sabah. Sangat
menarik jika ianya kekal dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya boleh
menjanakan pendapatan peniaga kiosk yang turut terlibat di sini.
Tambahan
pula lokasinya yang betul-betul ditengah Bandar Kota Kinabalu sangat strategik untuk
dijadikan tarikan pelancong asing.
Lupa nak maklum,ada rumah hantu juga.
Tidak ketinggalan acara kereta permainan bagi kanak-kanak.
Kalau
ada yang melawat Sabah ,boleh lah masukkan lokasi ini sebagai memenuhi malam
kalian sambil berjalan di persisiran laut.
Sekian,hingga
bertemu lagi.