7/31/2013
7/25/2013
Chiang Mai Town ,Thailand Part 4
7/25/2013Chiang Mai....kami datang ! Senyum lebar Encik Mat,.... Berhenti rehat di stesen minyak....banyak kemudahan untuk pengunj...
Chiang Mai....kami datang !
Senyum lebar Encik Mat,....
Berhenti rehat di stesen minyak....banyak kemudahan untuk pengunjung di sini.
Menunggu kawan...ada kehabisan petrol.Bolehlah kami rehat seketika...sambil meninjau persekitaran.
Veteran rider Pak Zenol.
Bersama rider berpengalaman Cheah / Z 27,pernah ride solo di Italy,Swiss dan Himalaya di India.
Inilah lokasi penginapan kami.Cukup selesa bagi seorang biker,yang menginap untuk melepaskan lelah seharian.
Meronda pasar Chiangmai waktu pagi.Melihat suasana tempatan.Lihat saja bukan beli pun bunga yang cantik ini.
Akhir tahun adalah musim sejuk di utara Thailand, terdapat bunga segar di jual di sini.
Pelbagai pilihan bunga,pilih saja yang berkenan di hati.
Cantik.
Penat meronda,balik saja ke hotel untuk berehat.
Seorang lagi rider berpengalaman...sebab itu Encik Mat cool saja.
Menu kami,walaupun ringkas ianya mengenyangkan....
Maaflah tak ingat nama apa menu ini. Kalau pembaca sekalian boleh bantu,ucapan terima kasih saya dahulukan.
Banyak kedai muslim di sini.Kedai ini bersebelahan masjid dan jalan kaki saja ke Night Bazar.
Bergambar kenangan,susah juga nak berkumpul dan ride bersama sebegini.
Sekali lagi kenangan kami berempat bersama dalam gambar.
Bagi yang berminat dengan barangan cenderahati,boleh lah beli bawa balik untuk anak dan isteri di kampung.
Ketika ini suasana kedai masih sepi dari kunjungan pelanggan.
Ibu bapa berniaga...anak pun turut sama dibawa.Come...baby ...come!
Selepas beberapa hari melawat Khacanaburi kami menyambung perjalanan ke Chiang Mai bandar utara di Thailand,Awal subuh bertolak melalui Suphan Buri, Chainat,Nakhon Sawan, Kampheng Phet,Lampan dan lewat petang sampai ke Thape Gate,kawasan backpakers di Chiang Mai.
Ini kali ketiga saya sampai ke sini selepas dua kali berkereta sebelum ini.Tempat ini memang happening untuk tourist.
Esok kami akan melawat sekitar Chiang Mai....antaranya Doi Suthep dan Umbrella Village di Bosang.