Trip motorsikal ke utara (Ban Pong) Thailand – Hari pertama
3/22/2021Assalamulaikum,salam jelajah…Marilah amalkan gaya hidup baru dengan amalan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Terima kasih buat pembac...
Assalamulaikum,salam
jelajah…Marilah amalkan gaya hidup baru dengan amalan SOP yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Terima
kasih buat pembaca yang kekal membaca blog ini,terima kasih kerana berkongsi coretan
blog ini dengan rakan-rakan.
Untuk
coretan kali ini,ianya merupakan catatan jurnal yang Kakmahh dan Abe Mat buat
penjelajahan pada tahun 2020.(Sebelum berlakunya Pandemik Covid 19)
Kami
bergerak seperti biasa menggunakan kuda besi kami. Abe Mat beli motorsikal ini
semata-mata dengan tujuan untuk “travel/jelajah dunia”-kononnya. Tak salah
untuk berangan jelajah dunia (berangan itu percuma).
Seawal jam
7 pagi tarikh 5 Januari 2020,kami berdua dah bersedia dengan segala kelengkapan
sudah pun masuk dalam box dan bawah seat (tempat duduk) motor.
Usai
memeriksa segala kelengkapan kami pun bertolak dari kediaman ke Rantau Panjang.
Harap tidak ada kesesakan dijalanan. Malangnya meleset jangkaan kami,masih
sesak di depan sekolah. Alhamdulillah,sekejab saja.
Melepasi
kawasan sekolah, perjalanan lancar walaupun memakan masa agak lama 40 minit.
Sempat juga kami singgah sarapan di Rantau Panjang. Menu ringkas sederhana
berat. Abe Mat pekena nasi berlauk dan kopi “O”,manakala kakmahh pula dengan
selera nasi kerabu disulami dengan nescafe tarik. Alhamdulillah ,kenyang rezeki
pagi ini.
Selesai makan,perjalanan kami bermula. Abe Mat urus “carnet” motorsikal di pejabat kastam Rantau Panjang. 40 minit berlalu selesai semua urusan mengenai motorsikal.
Apa itu carnet ?
Carnet ini
umpama passport kenderaan yang kita bawa ke negara asing. Dengan lain perkataan
mudah,jika kalian tiada carnet kenderaan pihak negara asing tidak akan sesekali
membenarkan kenderaan anda masuk ke negara mereka. Selanjutnya rujuk laman sesawang berkaitan carnet.
Tiket keretapi
Kami nak ke
Ban Pong. Tiket keretapi kami beli yang ‘tempat tidur’. Dapat pula atas,tiada
atas bawah sebab tahun baru tiket akan cepat habis kerana rakyat Thailand yang
bekerja di utara akan pulang ke kampung halaman (selatan). Kiranya kami masih
bernasib baik kerana masih boleh membeli tiket.
Harga tiket
rm238 untuk kami berdua – manakala
motorsikal pula,pihak station keretapi memaklumkan kenderaan mengikut tuan.
Bahasa mudah – ada kenderaan kena ada tuannya naik sekali atas keretapi.
Kami ke
kedai mencari kotak untuk membalut motorsikal. Biar motorsikal tidak rosak
calar bila diangkat naik atas gerabak. Alhamdulillah,ada yang baik hati bagi
kotak dan selotep untuk membalut ‘body’ motorsikal.
Seterusnya
pihak stesen keretapi yang akan urus angkat ke gerabak.
Beli sim kad dtac Thailand
Pertama
kali kami membeli sim kad ini. Dengan kadar harga 199Bath,unlimited internet.
Duit belanja sebelum naik keretapi.
Kalian
jumlah sendiri : rm13.60+rm238+B199+B55+B99= …………
(sarapan+tiket
keretapi+sim kad+air mineral dan susu sedap Thai)
Keistimewaan keretapi Thailand
·
Kelas
1 merupakan bilik tidur (tidak boleh masuk-kecuali yang ada tiket)tiada rezeki
kami sebab awal tahun,tiket habis.
·
Kelas
2 merupakan tempat duduk dan tempat tidur (kami di sini).
·
Ada
gerabak khas untuk wanita. Lelaki langsung tidak dibenarkan masuk. Kawalan
ketat disitu.
·
Tandas
gerabak wanita hanya untuk wanita.
·
Gerabak
kami pula kategori campur (maksudnya untuk keluarga)
·
Kelas
3 merupakan tempat duduk. Penuh. Tiada pun kerusi kosong,jangan harap nak
tumpang duduk sini.
·
Ada
peramugari – cantiklah, (kena naik keretapi baru tahu).
Tepat jam
2.20 petang keretapi kami bertolak. Masa bertolak ,penumpang tidak ramai.
Tunggu di pertengahan jalan nanti pasti ramai yang naik.
Nak tengok
pemandangan pun,masih panas dan silau dek panahan cahaya matahari. Nak tidur
pun awal lagi. Kami layan celoteh ahli keluarga di group WA.
Ada
beberapa hentian keretapi berhenti mengambil penumpang dan penjaja pun sibuk
juga menjual ke penumpang produk mereka. Akak pandang dan senyum saja. Perut
kenyang lagi,tak layan la.
Jam 6
sampai di Hatyai. Seronoknya. Tapi mana boleh turun bukan lokasi kami. Abe Mat
turun beli pulut ayam untuk makan malam kami. Air dah beli awal-awal di Sg.
Golok tadi. Siapa peminat pulut ayam goreng,kita geng .
Jam 6 dah
gelap,malam sudah. Kami terus makan malam. Selesai makan malam. Peramugari
datang untuk siapkan katil kami. Ingat-tadi akak dah maklum kami dapat katil
atas. BUKAN KATIL ATAS BAWAH.
Lebih
kurang jam 7 malam (waktu tempatan) semua penumpang dapat melepaskan lelah dan
berehat di katil sendiri. Berehat saja bukan tidur sebab masih awal. Peniaga
kantin keretapi pula masih aktif datang ambil pesanan dan mengahantar makanan.
Best juga kalau dapat pesan begini,tapi tiada makanan halal di kantin dalam
gerabak. Air kopi boleh lah kalau nak.