1/28/2012
Sebelum ride
1/28/2012Hari pertama memulakan ride,kami sememangnya bangun awal. Sengaja kami buat begitu antara sebabnya inilah nak ambil gambar aktiviti ma...
Hari pertama memulakan ride,kami sememangnya bangun awal. Sengaja kami buat begitu antara sebabnya inilah nak ambil gambar aktiviti masyarakat setempat di sekitar Old Quarter. Kalau kami minta ambil gambar bersama, mereka minta bayaran.Jadi kalau ambil secara langsung sebegini,free lah.
Inilah gerai-gerai bergerak/kalau dikampung saya kami beri gelaran "orang menjaja" ialah mereka menjaja atau menjual hasil pertanian atau jualan dengan memikul bakul-bakul dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Kekuatan tenaga fizikal amat diperlukan untuk aktiviti berniaga seperti ini.
Seronok merakamkan aktiviti pagi di sini,semuanya sibuk dengan pelbagai persiapan. Ada yang baru pulang dari joging di Hoan Kiem Lake,ada juga yang bersiap nak ke lokasi bekerja bagi yang bertugas jauh dari kediaman.Tak ketinggalan para peniaga dah siap-sedia menyambut kedatangan pelanggannya.Inilah gerai-gerai bergerak/kalau dikampung saya kami beri gelaran "orang menjaja" ialah mereka menjaja atau menjual hasil pertanian atau jualan dengan memikul bakul-bakul dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Kekuatan tenaga fizikal amat diperlukan untuk aktiviti berniaga seperti ini.
Nak beli pokok bunga pun boleh. Masih awal lagi...sebelum ride kami terus berjalan dan memerhati aktiviti masyarakat setempat.Seronoknya...sebab kalau ditelitikan suasana lebih kurang sama di Malaysia.