7/29/2018
Kolam Air Panas Poring
7/29/2018Assalamualaikum,salam mandi air panas dari Kolam Air Panas Poring. Terletak di Ranau. Ianya salah satu lokasi wajib datang dan berbasaha...
Assalamualaikum,salam mandi air panas dari Kolam Air Panas Poring. Terletak di Ranau. Ianya salah satu lokasi wajib datang dan berbasahan di sini.
Jarak lokasi
Dari Kota Kinabalu ke Kolam Air Panas ini,lebih kurang 136 km. Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan.
Kolam
Terdapat 2 paip di setiap kolam / kolah untuk kegunaan orang ramai . Satu paip dari sumber air gunung dan ianya sejuk. Satu lagi ialah paip dari sumber air panas. Jadi,semuanya terserah pada pelanggan kolam untuk memilih air panas atau campuran air panas atau sejuk.
Wakaf atau pondok rehat
Yang best di lokasi ini ada disediakan wakaf atau pondok rehat yang berhampiran kolam dan ianya amat sesuai digunakan sebagai pondok istirehat untuk keluarga. Bolahlah nak makan kudapan di sini.
Jenis kolam
Tahniah pihak pengurusan, kerana ada disediakan kolam untuk kanak-kanak dengan kedalaman bersesuaian.
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 3 | 1 |
Pelancong Asing | 15 | 10 |
Gambar cantik
Nak lihat gambar cantik dari rakan blog lain boleh cari di bawah :
Akhir sekali, akak silakan kalian mencari info selebihnya sendiri. Tidaklah akak mahu tulis panjang nanti ,kalian letih membaca. Apa yang akak nak promosi ialah kongsilah link blog ini jika ianya bermanafaat untuk kalian. Hingga kita jumpa lagi.