Nasi tuang air masak

                Assalamualaikum,salam akhir syawal. Balik ke menu harian biasa . Habis sudah bulan syawal. Jadinya kita kembali ke asal...

               ceritaku.my


Assalamualaikum,salam akhir syawal. Balik ke menu harian biasa . Habis sudah bulan syawal. Jadinya kita kembali ke asal dengan menu harian yang mudah tetapi sedap dimakan.

Makanan ruji.

Nasi merupakan makanan ruji/utama buat masyarakat di Malaysia. Mungkin ada di kalangan kita yang tidak makan nasi,tapi diganti dengan makanan berkhasiat yang lain. Malah ada juga di antara kita yang tidak boleh tidur malam jika tidak makan nasi dalam sehari.


Lauk dan sayur-sayuran.

Nasi dimakan bersama dengan lauk seperti ikan,daging atau sayuran. Malah tidak lengkap pengambilan nasi jika tiada bahan pelengkap yang lain. Pengambilan makanan yang seimbang boleh melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Kelainan.
  •  Ada yang makan nasi dengan kicap saja.
  • Ada yang makan nasi dengan ayam saja.
  • Ada yang makan nasi dengan sayur-sayuran,yang dikenali sebagai vegetarian.
  • Ada yang makan nasi dengan kuah sayuran dan ikan saja.
  • Ada yang boleh makan nasi kering saja.
  • Ada yang makan nasi perlu ada kuah dan tidak boleh kering. (rujuk gambar atas).

Kelainan cara pengambilan cara makan ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Ianya bukan sesuatu yang pelik tetapi ianya unik dan menarik untuk kita belajar apa yang berlaku di sekitar kehidupan kita.

Apa pendapat akak.

Mulanya akak terkejut,melihat rakan setugas tuang air masak dalam nasi putih. Sebab dia menuang air,atas alasan dia tidak biasa nasi kering dan mahu ada ...macam kuah. Kiranya air masak itu sebagai kuah.

Lama akak berfikir,dan terlintas di kotak fikiran kita pun mungkin pernah lihat mak-mak yang menuang air masak di atas nasi untuk dilenyek dan diberi makan pada bayi yang baru makan. Atau ada juga mak-mak yang tuang sedikit kicap atas nasi supaya ada perisa dan lembab untuk disuap pada anak.


Terlintas juga di memori nasi lenyek dan diberi perisa garam atau gula pada bayi.


 
Kesimpulannya, pada awal nampak pelik,tetapi bila fikir lebih lama terkenang pelbagai memori lama yang boleh memberi kesan indah dalam kehidupan. Yang pelik dan unik itu lah bakal sentiasa mekar dalam hidup kita dan dititipkan pula pada generasi mendatang.



Oleh itu,jangan segan bergaul dengan pelbagai bangsa. Kita belajar dari mereka. Mereka belajar dari kita. Hingga jumpa lagi.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif