Thailand - Narathiwat - Kampung Pulau Panjang
Kampung Pulau Panjang , Narathiwat
7/22/2018
Assalamualaikum dari negara jiran ,akak kongsi gambar yang cantik buat kalian. Lokasi terletak di Kampung Pulau Panjang,dalam daerah Narathiwat. Selatan negara Thailand. Umum sedia maklum, Narathiwat merupakan lokasi majoriti penduduk Islam di bahagian selatan Thailand. Di Narathiwat ini merupakan lokasi yang begitu meriah dengan pelbagai aktiviti sosial mesra silaturahim bila musim perayaan seperti Hari Raya Aidilditri.
Nama lokasi.
Kampung Pulau Panjang. Dalam daerah Narathiwat. Lokasi pusat riadah pantai yang terkenal di selatan Thailand.
Uniknya
- Kena menyeberang sungai untuk ke lokasi ini.
- Dek kerana ianya terpisah oleh sungai,hingga membentuk seolah-olah "pulau" lantas ianya dinamakan "kampung pulau panjang" kerana ianya mengunjur panjang mengikut pantai di depannya.
- Lokasi ini terkenal kerana 'imam' yang bertugas di surau berhampiran pernah berlakon dengan artis malaysia dalam cerita "pok ya cong ko dei". Kerana tersohornya cerita viral ini menyebabkan netizen mengintai jejak pelakon tersebut. Hingga akak juga terikut nak berjumpa dengan "imam muda ini". Malangnya beliau pulang ke Malaysia. Tiada rezeki nak swafoto.
Pemandangan cantik dan makanan enak.
- Dari lokasi tempat makan terus kita boleh nampak pantai yang luas terbentang dan cantik. Telus pemandangan mata tiada halangan.
- Dekorasi persekitaran lokasi ini bagi akak cantik kerana mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula yang diinovasikan sebagai bahan kreatif untuk hiasan sekitar tempat makan.
- Bab makan pula ,memang kita tidak boleh nafikan ianya memang terkenal dengan hidangan somtam yang pedas serta sedap. Ada juga keropok lekor. Malah tidak sah kalau tiada hidangan berasaskan pulut. Kita sedia maklum hidangan jualan seperti pulut bakar atau makanan dari beras pulut memang amat sinonim dengan negara 'Gajah Putih' ini.
- Harga makanan bagi akak ianya murah dan setimpal dengan hidangan yang kami makan.
Kesimpulannya, melawat atau datang makan-makan sekitar "selatan Thailand" merupakan antara aktiviti kami. Memang kami suka datang melihat kawasan perkampungan di sini,kerana reka-bentuk rumahnya yang cantik dan budaya mereka berlainan dengan kita tetapi masih ada titik persamaan antara Malaysia dan Thailand. Jangan takut melawat "Narathiwat" kerana ianya unik dan masyarakat yang mesra pelancong.
Link yang kalian perlu baca :
10 rajin tulis
bestnya dapat melawat negara orang
ReplyDeleteYa, seronok dapat mengenali negara orang
DeleteBoleh mkn somtam kak mah hehe...
DeleteIya Tuan,
DeleteApa khabar kakak? Sampaikan salam buat kakak.
Hari tu naik motor pernah sampai sini. Tak tahu pulak ada tempat menarik nak melepak kat sini. Hehe.
ReplyDeleteKena pergi lagi. Menarik lokasi ini.
Deletesalam..
ReplyDeletehi kak mah..yaya mai singgh sni melawat akak..
^_^
Walaikumsalam.
DeleteNanti akak balas.
bestnya tempat dia..dapat angin ni tenang je..
ReplyDeleteIya, betul mama. Tq, singgah.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif