Sabah - Tambunan
Logde 7 Tambunan
7/19/2018
Assalamualaikum. Salam dari Tambunan. Jauh kami bermalam. Lokasinya di Tambunan kiranya agak jauh ke pedalaman. Kalau dari Kota Kinabalu ke Tambunan jaraknya lebih kurang 81km dan perjalanan ini memakan masa selama 1 jam 30 minit atau lebih bergantung pada faktor persekitaran.
Bagaimana nak tempah lokasi ini?
- Guna aplikasi Hotels.com
- Guna aplikasi Booking.com
- Guna aplikasi Expedia.com.my
- Guna aplikasi Agoda
Kami guna aplikasi Agoda, dapatlah harga murah.
Cuaca di Tambunan
Tahukah kalian selain Kundasang, Tambunan ini merupakan lokasi tanah tinggi juga dan sejuk kerana kedudukannya 1000m di Banjaran Kroker.
Gunung Trusmadi
Tahukah anda di Tambunan ini letaknya Gunung Trusmadi,yang kedua tertinggi selepas gunung Kinabalu. Ketinggiaanya ialah 2462M.Ini gunung kedua tertinggi di Malaysia.
Keistimewaan Lodge 7
- Terletak berhampiran dengan Hospital Tambunan.
- Sering digunakan oleh masyarakat setempat sebagai transit bagi penjaga pesakit di Hospital Tambunan.
- Harganya murah jika ditempah awal.
- Suasana nyaman,sejuk dan sunyi dari hiruk-piruk bunyi kenderaan.
- Boleh menikmati buah-buahan tempatan di sekitar penginapan,kerana tuan milik membenarkan.
- Bilik yang selesa bagi kami yang sekadar mahu berehat malam saja.
- Ada TV
- Ada disediakan minuman 3 in 1,untuk minum malam.
- Ruang tamu yang luas dan selesa.
- Bersih
Kesimpulannya, akak berpuas hati menginap di sini. Sesuai dengan budget kami yang sekadar mahu bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokkan hari.
1 rajin tulis
wah,ada buah-buahan skitar..macam kebun la erk..best..
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif