11/14/2015
Pertama kali lihat - Abu Dhabi
11/14/2015Alhamdulillah,salam kembara dari kami. Assalamualaikum,salam sejahtera dan sihat selalu dari kami berdua. Nak berjalan,mengembara mohon ...
Alhamdulillah,salam kembara dari kami. Assalamualaikum,salam sejahtera dan sihat selalu dari kami berdua. Nak berjalan,mengembara mohon pada Allah agar diberi kesihatan tubuh badan. Sejujurnya saya tidak dapat membayangkan dengan mata kasar bagaimana pemandangan udara Abu Dhabi ini. Maklumlah pertama kali jejak kaki di sini,walau sekadar transit nak tukar kapal saja. Tapi bila lihat kali pertama,masyaallah hebatnya kuasaMU YA ALLAH. Satu bumi pelbagai bentuk fizikal bumi yang ALLAH cipta.
Sekilas pandang seperti petak sawah bendang di negara kita. Dalam kepala saya terbayang subjek matematik- geometri. Jangan lupa Abu Dhabi sangat kaya dengan minyak. Jangan lupa di sinilah irama padang pasir anda boleh dengar,maklumlah ianya beriklim padang pasir yang mampu mencecah suhu setinggi 38C.
Saya sangat bersyukur kerana berpeluang melihat pemandangan udara sekitar Bandar Abu Dhabi ini. Kalian lagi untung kerana boleh juga melihat pemandangan ini. Harap jika berpeluang nak juga menjejak padang pasir suatu hari nanti....bye sehingga ketemu di lain siaran.