4/27/2015
Mostar
4/27/2015Tak lama pun naik keretapi dari Sarajevo ke Mostar. Cukuplah masa untuk memetik picu kamera dan layan pemandangan cantik sepanjang perj...
Tak lama pun naik keretapi dari Sarajevo ke Mostar. Cukuplah masa untuk memetik picu kamera dan layan pemandangan cantik sepanjang perjalanan menuju ke Mostar. Rasanya ramai dah mula intai tiket ke Mostar gara-gara TV3 dah menayangkan slot drama yang berlokasi di Mostar. Si blogger manis ini khabarnya dah intai tiket ke sini. Sampai saja kami terus menuju ke old town.
Jalan kaki saya sambil mulut ramah bertanya pada penduduk . Tanya apa? Lupa nak beritahu kami nak ke Mostar Bridge yang terkenal tu. Mata kami terus terpaku lihat keunikkan bangunan. Ada juga kelihatan kesan tembakan hasil dari peperangan yang lalu. Itulah sejarah dunia.
Berpeluh juga nak sampai di sini,namun memang puas hati. Bila mata memandang sesuatu yang cantik dan melihat sendiri kesan sejarah dunia yang berlaku pada negara ini. jika dulu kami dengar,kami lihat di kaca TV. Sekarang kami di sini. Depan kami ialah sejarah perang yang baru saja berlaku. Masyaallah!
3 gambar di atas saya ambil dari atas Jambatan Mostar. Tanpa edit. Lihatlah airnya. Biar gambar berbicara.
Akhirnya jejak kaki kami sampai juga di Mostar. Bye,kami jalan lagi assalamualaikum!
Gambar kami di SINI.