Bosnia Herzegovina - Sarajevo
Bosnia Herzegovinia
4/20/2015Assalamualaikum,kita bertemu kembali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami kena bergerak ke Mostar. Kali ini kami pilih naik keretapi pula.
Lambang bandar Sarajevo yang kami ambil dari body keretapi. Rasanya gambar yang bakal pembaca kalian lihat mampu memberi tafsiran kepada pembaca sekalian.
Pemandangan di stesen keretapi yang sunyi dan sepi ketika kami sampai. Nampak tak kesan pecah,itu sebenarnya kesan dari hasil peperangan yang berlaku di Bosnia. Memang amat syahdu dan insaf bila berada di lokasi ini seolah-olah baru saja lepas berperang. Tak perlu orang lain untuk bercerita pandangan mata kami dapat merasakan betapa peritnya saat berlaku peperangan. Alhamdulillah negara kita banyak membantu negara Bosnia ini.
Sepatah pun saya tak faham apa yang tercatat di body keretapi ini.
Suasana yang saya sempat ambil dari dalam keretapi. Mereka iaitu rakyat tempatan berusaha membangunkan semula negara mereka yang musnah akibat perang.
Sangat cantik sepanjang perjalanan menuju ke Mostar.
Handsome juga pekerja keretapi ini. Datang nak periksa tiket.
Kami bertemu dengan pengembara ini. Sangat seronok berkongsi dan bertukar maklumat. Tanpa wang pun boleh travel! (nak tahu kena belanja kopi)
Saya tinggalkan pembaca dengan entry ini. Gambar selanjutnya sila like kalau sudi dan lihat dalam line CERITAKU UNTUK MU.
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif