Bosnia Herzegovina - Sarajevo
Pemandangan cantik dan unik
Old Town Sarajevo , Bosnia
4/17/2015Disinilah pintu utama masjid yang menaranya telah saya paparkan gambarnya dalam entry INI. Kecil saja tapi pintu inilah merupakan pintu perpaduan umat islam di sini.
Kalau sampai di Old town ini umpama kita berada dalam kota zaman Uthamaniyyah,masih kelihatan unsur binaan islam pada bangunannya. Lokasi ini merupakan kawasan bersejarah dan sebahagian besarnya mempunyai sejarah lampau yang memang patut dikekalkan untuk dilihat oleh dunia.
Menurut sejarah kawasan tengahnya ialah Baščaršija lokasi yang sangat bersejarah. Kalian boleh klik link yang saya sertakan itu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa OLD TOWN merupakan lokasi sejarah yang hendaklah dipertahankan untuk dipertontonkan kepada dunia mengenai sejarah lampaunya. Lokasi ini juga merupakan sebahagian besar bandar Sarajevo.
Jelas kelihatan pada pandangan mata saya,seni bina bangunannya berunsur Bosnia. Malah ada juga catatan maklumat yang saya perolehi menyatakan ada juga dipengaruhi oleh unsur seni binaan Austria-Hungary. Maklumlah jarak antara Bosnia dengan Austria tidak jauh. Ianya mungkin saling mempengaruhi. Memang cantik dan unik seni bina lokasi ini. Macam berada di suatu lokasi silam.
Ini lah lokasi kami menginap. Tiada penghawa dingin. Tapi sejuknya menyengat hingga ke tulang. Boleh mencuci pakaian,ada lokasi nak menjemur pakaian. Mendobilah kami pakaian yang ada ini.
Inilah Latin Bridge, Old Town Sarajevo. Nak tahu info lanjut sila rajin ke Latin Bridge. Akhbar BERITA ada juga menulis mengenai kisah Bosnia.
Antara pemandangan yang sempat saya ambil sekitar lokasi berdekatan. saya tinggalkan pembaca dengan kisah sejarah lama Old Town Sarajevo, insyaallah kita bersambung dalam entry seterusnya. Kami nak ke Mostar. Assalamulaikum!
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif