11/22/2016
Inap Desa Kilimu, Ranau
11/22/2016Assalamualaikum...salam jalan-jalan di Ranau. Sekarang akak bawa kalian kenali dan melihat sekitar Ranau. Tahukah kalian,sebenarnya di ...
Assalamualaikum...salam jalan-jalan di Ranau. Sekarang akak bawa kalian kenali dan melihat sekitar Ranau. Tahukah kalian,sebenarnya di Ranau ini ada beberapa lokasi penginapan yang cantik lagi unik untuk didiami. Malah ianya tidak diketahui ramai pelancong kerana mereka lebih tertumpu ke lokasi popular di Kundasang.
Inap Desa Kilimu, ianya dikendalikan oleh Koperasi Kilimu Jaya Sdn.Bhd. Konsepnya ialah bamboo atau buluh tetapi sekarang sudah dibangunkan bangunan yang berkonsep moden. Kalian boleh rujuk di link atas.
Kali pertama akak singgah ketika kami berdua masuk dan keluar kampung lalu terjumpa lokasi ini. Sangat menarik,boleh ditempah melalui talian. Rujuk di FB mereka. Persekitarannya ialah suasana kampung yang menarik dan nyaman. Hanya 4.5km saja dari Pekan Ranau. Senang cerita berjalan kaki boleh sampai juga,walau meleleh peluh.
Ini merupakan maklumat awal yang kami perolehi ketika pertama kali terjah lokasi ini. Kalau berlaku sebarang perubahan,jangan marah....hihiii
Cantik bukan...gambar yang diambil dengan izin. Memang kami minta izin dan menyatakan tujuan untuk promosi. Sangat klasik pijak buluh ini pun dan sejuk.
Pintu gerbang utama,menuju ke kampung. Masuk saja melalui jalan ini tidak sesat sudah pasti. Sangat senang,lokasi penginapan yang terletak di tengah perkampungan ini. Sesuai untuk didiami oleh semua golongan. Ada deretan kedai kecil di tepi dewan dan tempat penginapan.
Paling best ialah ada juga lokasi main-main dengan ikan yang ditagal.Hanya dibelakang tempat penginapan saja.
Kalian boleh memasak sendiri,dengan meminta peralatan dari pihak pengurusan dan dikenakan sedikit bayaran. Kalau rasa tidak mahu memasak boleh juga buat permintaan/tempahan dari pihak pengurusan. Jangan risau,bagi yang beragama islam kerana pihak pengurusan menempah terus makanan dari penduduk tempatan yang beragama islam.
Jangan tanya akak dah menginap belum disini?....sedih nak jawab dah 2 kali ke lokasi ini masih gagal menginap. Laris sungguh...SOLD OUT biliknya. Nak cuba menginap sini eloklah kalian buat tempahan terlebih dahulu...akak tidur masjid pun boleh.
Ok....chauuuu...nak jalan lagi nanti kita jumpa lagi.