6/25/2017
6/23/2017
Melaka Bandaraya Bersejarah
6/23/2017Assalamualaikum,salam dari negeri baba nyonya, ini memang sungguh lama gambarnya. Antara koleksi entry yang terperap yang akhirnya berjay...
Assalamualaikum,salam dari negeri baba nyonya, ini memang sungguh lama gambarnya. Antara koleksi entry yang terperap yang akhirnya berjaya akak publish. Akak dan Abe Mat serta Mila ke Melaka naik skuter. Iya naik skuter ke Melaka. Kami nak enjoy dan nak beri peluang pada Mila merasa pengalaman bermotorsikal pada waktu petang,malam dan berhujan lagi.
Inilah Mila,budak kecil tapi banyak cakap dan banyak makan hihiii... Habislah kalau Mila baca entry ini. Memang kami hujan ketika kami sudah hampir nak sampai di Bandar Hilir. Ada juga pemandu kenderaan yang kasihan melihat kami basah hingga mahu menumpang Mila naik kenderaan mereka. Tidaklah kami berani,nanti hilang si Mila ni siapa susah. Walau pun basah kami tetap enjoy,sikit saja basah kerana kami berhenti jika hujan lebat.
Sebenarnya akak tak tahu nak tulis apa mengenai Melaka kerana banyak juga entry rakan blogger lain yang rasanya padat info berkaitan Negeri Melaka ini. Lawatan atau ride ke Melaka ini sekadar mengisi ruang lapang hujung minggu kami. Tambahan pula Melaka ini merupakan sebahagian dari sejarah hidup akak.
Sampai dah malam,maklumlah hujan. Banyak kali kami berhenti di RnR,berteduh dari hujan dan alas perut dengan makanan ringan. Untuk pengetahuan kalian,Bandar Hilir lebih cantik pemandangannya di waktu malam. Iyalah...pancaran lampu di bangunan klasik bersejarah ini menyerlahkan lagi keunikkan senibina tinggalan portugis. Mata terus mencari kelainan..akhirnya nampak beca yang cantik dengan pelbagai variasi bunga dan diselit pula lampu warna-warni dan dilunakkan lagi dengan alunan muzik yang dimainkan oleh pakcik-pakcik penarik beca. Bolehlah cuba kalau ada yang belum pernah naik beca.
Kami bermalam di Hotel Formosa,sangat hampir dengan bandar. Lagi pun malas dah nak cari lain...dah malam kan,janji boleh mandi dan tidur melepaskan lelah perjalanan jauh.
Esoknya,kami bawa Mila naik Melaka Cruise. Ini pengalaman baru buat Mila.
Selesai naik cruise,kena ronda sekitar Bandar Hilir. Melaka sekarang sudah maju. Kalau anda ke Melaka bersedia lah di Bandar Hilir saja banyak lokasi bersejarah yang boleh kita lihat secara dekat hanya dengan berjalan kaki.
Itu saja,nak tulis. Banyak lagi gambar tapi akak sengaja simpan ,sebab nak suruh kalian pergi sendiri ke Melaka. Alaaa...bukan jauh pun,cuti-cutilah dalam negara.
Ok bye hingga jumpa lagi.
6/19/2017
Bulan melawat Kiulu 2017
6/19/2017Assalamualaikum,salam jelajah dari kami. Kali ini akak nak cerita kisah Bulan melawat Kiulu. Yang berlangsung pada bulan April yang lep...
Assalamualaikum,salam jelajah dari kami. Kali ini akak nak cerita kisah Bulan melawat Kiulu. Yang berlangsung pada bulan April yang lepas. Kiulu terletak di daerah Tamparuli yang jaraknya lebih kurang 42km dari Kota Kinabalu.
Untuk pengetahuan pembaca setiap minggu setiap daerah di Sabah ini ada pelbagai aktiviti yang dilakukan yang melibatkan masyarakat setempat dan ianya berfungsi sebagai daya tarik pelancong untuk datang beramai-ramai melancong ke Sabah.
Kalau pembaca nak tahu, di Kiulu lokasi yang terkenal dengan aktiviti "water rafting". Kalau nak basah dengan air sungai,boleh lah datang sini. Aktiviti water rafting ini amat digemari oleh pelancong dari Korea, China dan Taiwan.
Berbalik dengan kisah bulan melawat Kiulu,ini merupakan kali pertama diadakan di sini. Untungnya akak dapat melihat pelbagai hasil tradisi termasuk masakan tradisional,pakaian dan peralatan muzik. Memang meriah,dan ada juga dipertandingkan masakan dikalangan warga asal.
Jangan punya jalan ...jangan lupa naik jambatan gantung disini. Goyang memang bergoyang,kalau gayat harap jangan teruskan kelak terseksa diri dengan emosi sendiri.
Oklah dah tak larat nak taip panjang-panjang. Akak kongsi beberapa link untuk pembaca yang nak tahu mengenai water rafting, Water Rafting 1, Water Rafting 2, dan Water Rafting 3 harap ianya dapat membantu kalian membuat tempahan awal. dan jang lupa ada musim air pasang yang sangat BEST untuk aktiviti ini,kalau airnya tenang tak seronok juga.
Bye,hingga kita jumpa lagi.
6/14/2017
Bukit Fraser, Pahang
6/14/2017Salam dari Raub ,Pahang. Salam angin sejuk 17-24 C. Mujur tidak beku di sini. Kalau di Pahang nak lokasi sejuk selain Genting Highland, a...
Salam dari Raub ,Pahang. Salam angin sejuk 17-24 C. Mujur tidak beku di sini. Kalau di Pahang nak lokasi sejuk selain Genting Highland, atau Cameron Highland bolehlah memandu atau merempit ke Bukit Fraser. Kalau dari rumah akak di Gombak,tidaklah jauh sangat,tapi kalau naik motorsikal mahu lenguh juga. Kami naik bertiga motorsikal elegan dari Gombak ke Bukit Fraser. Bergerak dengan kadar kelajuan selamat. Sampai juga kami di Bukit Fraser,
Sebenarnya Bukit Fraser ini sering dikunjungi oleh pelancong tempatan untuk bermalam dan menikamati kesejukkan suasana malamnya. Kerana malam di bukit Fraser ini tiada aktiviti yang boleh dibuat,kecuali makan dan minum di kiosk atau gerai berhampiran Masjid . Mungkin siang hari bolehlah bawa anak-anak naik kuda,seperti gambar di atas. Khabarnya ada juga aktiviti memanah di lokasi yang sama tetapi ketika kami ke sana tiada pula staf.
Gambar ini diambil depan kedai,betul-betul berhadapan landmark Bukit Fraser.
Ini pula batu/ tugu penerangan mengenai Bukit Fraser yang berada di bawah ,sebelum menaiki Bukit Fraser.
Kami menginap di rumah kerajaan/rumah persekuatuan. Sempatlah ambil gambar atas sebelum letak di mana entah. Ooooo..nak tahu cara booking rumah ini. maaflah kami main terjah,mujurlah ada kosong dapatlah tidur sana,kadar rm60 semalaman. Sekali lagi jangan tiru gaya terjah kami.Tapi kalau dah tertiru jangan marah kalau terjah dan tiada bilik. Tak salah sesekali kita uji nasib dan cuba manalah tahu ada rezeki. Bak kata orang tua,tak cuba kita tak tahu. Uji nasib,uji rezeki,jika itu rezeki kita pasti kita dapat.