11/29/2014
Jalan-jalan kota London
11/29/2014Hello orang London,asslamualaikum kawan Malaysia. Suhu semasa 10 hingga 16 C. Masa berjalan rasa macam tahan sejuk. Tapi ingat, kekalka...
Hello orang London,asslamualaikum kawan Malaysia. Suhu semasa 10 hingga 16 C. Masa berjalan rasa macam tahan sejuk. Tapi ingat, kekalkan pakaian panas anda ianya memang sejuk.
Kami hanya tak berkesempatan naik bas ini. Mungkin disebabkan laluan lokasi jelajah kami bukan dalam jajahan takluk pergerakan bas ini. Sampai London tak sah kalau tak ambil gambar bas ini.
Singgah sebentar di Pejabat Pelancongan ini,sukanya dapat berbual dengan pekerja pejabat ini. Berasal dari Negeri Sembilan (bangga orang Negeri),berbangsa serani. Paling menariknya dah hampir 30 kakak ini menetap dan berkahwin dengan warga tempatan. Hebatnya hidup di negara asing. Sungguh seronok mendengar dan kami berkongsi kisah hidupnya.
3 gambar di atas semuanya saya ambil berhedapan pejabat pelancongan Malaysia London. Wajib datang sini. Kalau tidak,terasa kosong trip London kalian.
Selesai di sana kami naik bas dan mula kembali berjalan. Maaf lah tidak tahu nama lokasi ini. Harap rakan yang tahu boleh bantu saya. Berani tak saya berdiri tengah jalan ambil gambar. Sangat berani,sebab tiada kenderaan. Okey,saya tinggalkan kalian di jalan ini..nanti balik sendiri tau. Saya pergi dulu,assalamualaikum