7/31/2010
Tran2 - Borneo - Day 3 - Kota Belud to Kundasang
7/31/2010Kita round sekejab sebelum keluar dari tapak Tamu Kota Belud ini,lihat kawasan persekitarannya. Ada sebuah masjid berhadapan Tamu ini,senan...
Kita round sekejab sebelum keluar dari tapak Tamu Kota Belud ini,lihat kawasan persekitarannya. Ada sebuah masjid berhadapan Tamu ini,senanglah kepada kita nak solat.
Melepasi masjid ialah kawasan perkampungan,tenang masa ini mungkin mereka membeli-belah di Tamu.
Kawasan perkuburan Islam di dalam kawasan masjid.
Kalau kita terus ke Kampung Siasai ,kita akan menemui bengkel membuat parang di sana. Untuk makluman anda semua harga parang di sini adalah murah berbanding dengan semenanjung.
Untuk trip motor selepas Kota Belud ini saya akan terus ke Kundasang. Saya akan melalui Tuaran sebelum sampai Kundasang.
On the way to Kundasang.
Anda boleh lihat beberapa view menarik yang sempat saya snap.
Nak mandi ke? Lain kali kita datang singgah mandi di sini.
Jauh lagi perjalanan saya,panas pula hari ini.
Cuaca sekejab panas dan mendung,tanda hujan nak turun.