Trans-Borneo - Day 2 - On the way to Kudat

Selepas makan dalam kapal kami ambil keputusan bertolak ke KUDAT. Masih awal lagi baru jam 12.oo tengahari. Dah speed motor ni,maka came...

Selepas makan dalam kapal kami ambil keputusan bertolak ke KUDAT. Masih awal lagi baru jam 12.oo tengahari.

Dah speed motor ni,maka camera pun mula main peranannya.

Penuh berliku perjalanan ke Kudat,maklumlah sebelum ini dari Bandar Kota Kinabalu.

Nak pergi ke lokasi bandar kecil,jalannya pun agak mengecil..

Rumah penduduk pun agak jauh antara satu sama lain,kalau tanah persendirian beginilah situasinya.

Masih ada ruang agak lapang antara rumah dan jalan raya,kalau di Semenanjung semua rumah dah rapat dengan highway....almaklum kepesatan pembangunan.

Saya suka tengok rumah ni,dalam hati berkata-kata tak takutkah tuan rumah tinggal jauh dari jiran tetangga?

Lupa nak maklumkan jarak antara Telok Sepanggar ke Kudat tidaklah jauh sangat lebih kurang 160km saja,dengan motor saya ni dalam 2 jam dah sampai. Kalau nak tahu lebih lanjut klik di sini anda pasti puashati membaca mengenai KUDAT:
1.http://www.sabahtourism.com/en/destination/district/3-kudat/%20-%20Cached

Dah baca pautan yang saya bagi tu......kalau belum silakan. Tapi saya pun akan bawa pembaca blog semua ke lokasi seperti pautan di atas.

Perjalanan tidak jauh tetapi banyak tanah kosong yang menunggu giliran pembangunan.

Kita dah hampir sampai ......lembu pun pergi sekolah tau!

Ini sebahagian kecil jalan yang dalam proses baik-pulih.

Kenapa?? Memang jauh lagi...jalan berliku yang 2 jam pasti jadi lebih sebab jalan berliku...sabar ya. Tapi jalan ni lurus je tau.

Hi...makanan pula,bunyi perut dah pelbagai rentak ni.

Tak kan nak isi buah dalam raga?

Speed lagi....ikut nafsu perut lambat sampai.

Alhamdulillah dah dekat...lega. Abang Mat! tekak kering ni...

Jumpa sekolah lagi...kali ni lembu dah masuk kandang.Abang Mat!dahaga....

Rupanya Abang Mat nak belanja air tebu.....BEST! panas terik pekena air tebu,wah..! lega.

Masih meneruskan perjalanan dan kena menempuh jalan ini....ok jalannya hanya sebahagian saja yang diperbaiki.

Semakin hampir dengan bandar semakin banyak pose menarik yang boleh saya ambil.

Dah nampak....tadi saya dah janji nak bawa pembaca ke RUMAH RUNGUS. Jom ! ikut saya.

Saja nak beri suspen kita tunjuk signboard dulu,biar berdebar sikit. Speed motor tak boleh laju,maklumlah kawasan kampung 30km je..

Yes ! kita dah sampai di .........................................................

Baca sendiri lah..........................semua boleh baca kan.



You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif