Sekolah pedalaman

Assalamualaikum. Akak nak cerita di Sabah,walau pendalaman tetap ada pendidikan rasmi yang diberikan kepada generasi baru. Kalau pem...




Assalamualaikum. Akak nak cerita di Sabah,walau pendalaman tetap ada pendidikan rasmi yang diberikan kepada generasi baru. Kalau pembaca nak tahu,lokasi ini dalam daerah Penampang. Penampang sangat luas ,papan tanda yang akak ambil ini hanya dipacakkan di jalan besar.

Jalan utama menuju ke bandar terdekat sama ada Donggongon atau Putatan. Berbalik pada lokasi sekolah pula. Untuk sampai ke Sekolah Longkogungan kena berjalan kaki sejauh 8.3 km. Dah tertulis di papan tanda tersebut ----- jalan kaki.

Kalau akak nak ke sana rasanya,macam sehari baru sampai. Jalan bukan rata dan senang seperti jalan tar. Dah tertulis kena jalan kaki,tengok saja pada permulaan jalan dah menurun bukit,akak yakin dan pasti sangat untuk sampai memang naik turun bukit serta melintasi anak sungai.

Wajib ada anak sungai,kerana setiap penempatan di Sabah dibangunkan berhampiran dengan punca air sebagai satu sumber utama keperluan manusia.


Kesimpulan, bagi akak seorang guru sanggup melalui kepayahan untuk mengharungi cabaran demi menyampaikan ilmu. Bukan senang nak sampai ke sekolah. Bukan senang nak kejar murid masuk ke kelas. Al - maklumlah alam sekitar lebih seronok,boleh main kejar-kejar dan mandi sungai. Tapi itulah cabaran seorang guru yang begitu kental bila mendapat arahan tugas berkhidmat kawasan pendalaman.



SELAMAT HARI GURU ,BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU. 

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif