Trip motorsikal ke utara (Ban Pong) Thailand – Hari pertama

Assalamulaikum,salam jelajah…Marilah amalkan gaya hidup baru dengan amalan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.   Terima kasih buat pembac...

Assalamulaikum,salam jelajah…Marilah amalkan gaya hidup baru dengan amalan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

Terima kasih buat pembaca yang kekal membaca blog ini,terima kasih kerana berkongsi coretan blog ini dengan rakan-rakan.

 

Untuk coretan kali ini,ianya merupakan catatan jurnal yang Kakmahh dan Abe Mat buat penjelajahan pada tahun 2020.(Sebelum berlakunya Pandemik Covid 19)

 

Kami bergerak seperti biasa menggunakan kuda besi kami. Abe Mat beli motorsikal ini semata-mata dengan tujuan untuk “travel/jelajah dunia”-kononnya. Tak salah untuk berangan jelajah dunia (berangan itu percuma).

Seawal jam 7 pagi tarikh 5 Januari 2020,kami berdua dah bersedia dengan segala kelengkapan sudah pun masuk dalam box dan bawah seat (tempat duduk) motor.

Usai memeriksa segala kelengkapan kami pun bertolak dari kediaman ke Rantau Panjang. Harap tidak ada kesesakan dijalanan. Malangnya meleset jangkaan kami,masih sesak di depan sekolah. Alhamdulillah,sekejab saja.

Melepasi kawasan sekolah, perjalanan lancar walaupun memakan masa agak lama 40 minit. Sempat juga kami singgah sarapan di Rantau Panjang. Menu ringkas sederhana berat. Abe Mat pekena nasi berlauk dan kopi “O”,manakala kakmahh pula dengan selera nasi kerabu disulami dengan nescafe tarik. Alhamdulillah ,kenyang rezeki pagi ini.

Selesai makan,perjalanan kami bermula. Abe Mat urus “carnet” motorsikal di pejabat kastam Rantau Panjang. 40 minit berlalu selesai semua urusan mengenai motorsikal.


Motorsikal travel

Apa itu carnet ?


Carnet ini umpama passport kenderaan yang kita bawa ke negara asing. Dengan lain perkataan mudah,jika kalian tiada carnet kenderaan pihak negara asing tidak akan sesekali membenarkan kenderaan anda masuk ke negara mereka. Selanjutnya rujuk laman sesawang berkaitan carnet.

Tiket keretapi


Kami nak ke Ban Pong. Tiket keretapi kami beli yang ‘tempat tidur’. Dapat pula atas,tiada atas bawah sebab tahun baru tiket akan cepat habis kerana rakyat Thailand yang bekerja di utara akan pulang ke kampung halaman (selatan). Kiranya kami masih bernasib baik kerana masih boleh membeli tiket.
Harga tiket rm238 untuk kami berdua – manakala motorsikal pula,pihak station keretapi memaklumkan kenderaan mengikut tuan. Bahasa mudah – ada kenderaan kena ada tuannya naik sekali atas keretapi.
Kami ke kedai mencari kotak untuk membalut motorsikal. Biar motorsikal tidak rosak calar bila diangkat naik atas gerabak. Alhamdulillah,ada yang baik hati bagi kotak dan selotep untuk membalut ‘body’ motorsikal.

Seterusnya pihak stesen keretapi yang akan urus angkat ke gerabak.

Beli sim kad dtac Thailand

Pertama kali kami membeli sim kad ini. Dengan kadar harga 199Bath,unlimited internet.

Duit belanja sebelum naik keretapi.

Kalian jumlah sendiri : rm13.60+rm238+B199+B55+B99= …………

(sarapan+tiket keretapi+sim kad+air mineral dan susu sedap Thai)

 

Keistimewaan keretapi Thailand

·         Kelas 1 merupakan bilik tidur (tidak boleh masuk-kecuali yang ada tiket)tiada rezeki kami sebab awal tahun,tiket habis.

·         Kelas 2 merupakan tempat duduk dan tempat tidur (kami di sini).

·         Ada gerabak khas untuk wanita. Lelaki langsung tidak dibenarkan masuk. Kawalan ketat disitu.

·         Tandas gerabak wanita hanya untuk wanita.

·         Gerabak kami pula kategori campur (maksudnya untuk keluarga)

·         Kelas 3 merupakan tempat duduk. Penuh. Tiada pun kerusi kosong,jangan harap nak tumpang duduk sini.

·         Ada peramugari – cantiklah, (kena naik keretapi baru tahu).

 

Tepat jam 2.20 petang keretapi kami bertolak. Masa bertolak ,penumpang tidak ramai. Tunggu di pertengahan jalan nanti pasti ramai yang naik.

Nak tengok pemandangan pun,masih panas dan silau dek panahan cahaya matahari. Nak tidur pun awal lagi. Kami layan celoteh ahli keluarga di group WA.

Ada beberapa hentian keretapi berhenti mengambil penumpang dan penjaja pun sibuk juga menjual ke penumpang produk mereka. Akak pandang dan senyum saja. Perut kenyang lagi,tak layan la.

Jam 6 sampai di Hatyai. Seronoknya. Tapi mana boleh turun bukan lokasi kami. Abe Mat turun beli pulut ayam untuk makan malam kami. Air dah beli awal-awal di Sg. Golok tadi. Siapa peminat pulut ayam goreng,kita geng .

Jam 6 dah gelap,malam sudah. Kami terus makan malam. Selesai makan malam. Peramugari datang untuk siapkan katil kami. Ingat-tadi akak dah maklum kami dapat katil atas. BUKAN KATIL ATAS BAWAH.

Lebih kurang jam 7 malam (waktu tempatan) semua penumpang dapat melepaskan lelah dan berehat di katil sendiri. Berehat saja bukan tidur sebab masih awal. Peniaga kantin keretapi pula masih aktif datang ambil pesanan dan mengahantar makanan. Best juga kalau dapat pesan begini,tapi tiada makanan halal di kantin dalam gerabak. Air kopi boleh lah kalau nak.

Tips perjalanan

·         Tiket keretapi sebaiknya beli awal untuk mengelakkan anda tertangguh perjalanan – tambahan pula awal tahun baru masyarakat Thailand memang diberi kelonggaran bercuti panjang oleh majikan mereka.
·         Belilah makanan dan minuman kegemaran kalian sebagai bekal dalam gerabak-dikhuatiri tiada makanan yang halal dan menepati citarasa kamu.
·         Datang lebih awal ke stesen keretapi untuk urusan kenderaan seperti balut motorsikal bagi mengelakkan calar atau patah.
·         Sedia beli sim kad tempatan untuk isi perjalanan yang jauh. Boleh WA dengan keluarga jika bosan.
·         Tandas wanita untuk wanita tak perlu takut- ada tandas cangkung.
·         Peramugari mereka ada yang mahir berbahasa Inggeris,boleh mohon apa saja bantuan. Ramahnya mereka hingga mengucapkan ‘selamat malam’ pada penumpang.
·         Hentian Hatyai – merupakan hentian yang lama keretapi ini berhenti,kita oleh membeli makanan halal di kedai luar -jangan  kamu berborak hingga ketinggalan keretapi.
·         Bagi yang malas bergerak dalam gerabak – tidak perlu risau kerana kakitangan kantin akan bergerak dari satu gerabak ke gerabak lain mengambil pesanan dan tinggal kamu sedia menunggu makanan sampai saja.
  


Selesai hari pertama,kelak kita berjumpa di hari kedua jurnal Kakmahh dan Abe Mat. (psstt..jangan lupa kami aktif muatnaik gambar di halaman FB "CERITAKU UNTUK MU" ikuti kami di sana.



  

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif