Hari 2 - Ban Pong, Chiang Mai

 Assalamualaikum,salam jelajah Day2 perjalanan yang mencabar. Seronok sangat awak! Ini pengalaman menarik dan berharga. Tidur dalam keretapi...

 Assalamualaikum,salam jelajah

Day2 perjalanan yang mencabar. Seronok sangat awak! Ini pengalaman menarik dan berharga. Tidur dalam keretapi. Asyik tersedar saja,maklumlah pertama kali,teruja sangat. Keretapi pula pergerakan ia sekejab laju,sekejab perlahan. Mungkin kondisi jalan yang memerlukan ia bergerak laju atau perlahan.

Abaikan keretapi yang bergerak sekejab laju dan perlahan. Pemandu keretapi dah ada,tahulah dia memandu. Sambung tidur. Walau pun sambung tidur tidak juga lena sebenrnya. Sekadar lelap mata dan berehat. Kena rehat secukupnya,esok pasti memerlukan tenaga yang lebih lagi.

Dalam hati sebenarnya takut-takut juga,kalau terlepas destinasi yang dituju. Sebab sebelum tidur dah saling mengingati dengan Abang Mat untuk mendengar pengumuman hentian destinasi. Takut terlepas kena buat plan kecemasan pula. Tapi itulah,janganlah mengaharap sangat khuatiri kesibukan peramugari nanti terus lupa pesanan kami.

Alamak dalam diam-diam,tak juga lena. Sudah jam 2 pagi. Hampir subuh.

Akak terlelap juga,sedar-sedar jam 5. Rupanya Abe Mat bangun diam-diam. Terus turun, cuci muka dan gosok gigi. Sedia nak solat. Usai solat atas keretapi. Sempat juga tengok wasap dan kemas-kini lokasi perjalanan untuk pengetahuan keluarga Kelantan. Ini rutin yang akak buat,bila travel saja wujud group wasap baru untuk melapor pergerakan dan berkongsi pengalaman dengan keluarga.

Jam 7, Selamat pagi Thailand. Terang dah ! Seronok pula tengok gelagat peniaga yang begitu rancak beroperasi menjual kerepek pisang sira. Terjebak membeli juga. Serius...SEDAP!

Tips perjalanan:
1. Maklumkan pada staf, lokasi anda nak turun. (mereka ingat pesanan kita-mungkin mereka catat dalam buku log perjalanan).
2. Kena ingat/wajib ingat koc/gerabak kerebak kita. Bila berada dalam keretapi ianya kelihatan sama saja. Rugi masa kalau tersesat dalam keretapi.
3. Hati-hati dengan pengambilan makanan (kena sedia maklum- ini negara asing,bab halal, hara, kena teliti).
4. Kena bawa ubat sakit perut- manalah tahu kot terkena cirit-birit.
5. Cari hotel/guesthouse yang sering didiami oleh pelancong asing. Hotel begini selalunya lebih sempurna fasiliti kerana pengurusan mereka sudah mahir dengan keperluan pengunjung/ penginap yang bermalam.
6. Kalau boleh cari hotel/guesthouse yang berdekatan dengan "night market" - senang untuk kita mencari keperluan makanan. Selalunya gerai makanan halal pun banyak disitu.
7. Carilah penginapan yang "ground floor"/aras bawah - senang nak parking motor juga senang mak pam motor. Maklumlah motor bawa beban oarng hidup yang makan semua makanan sedap,pasti berat tu....

Link gambar boleh klik SINI

Sambung cerita....


Lebih kurang jam 10 lebih-lebih sikit. Sampailah kami di Ban Pong. Turunkan bagasi pakaian dan sabar tunggu staf menurunkan motorsikal dari gerabak.

Motor dah siap. Marilah kita bergerak mencari lokasi penginapan. Kami tak buat tempahan pun. Kita terjah beb….jangan tiru gaya terjah begini. Perut dah dendang lagu keroncong. Kami utamakan keinginan perut dulu. Alhamdulillah jumpa menu halal yang sedap. Nasi komok dan air nescafe serta air mineral bernilai B110 saja untuk kami berdua sarapan merangkap menu tengahari.

Perjalanan mencari lokasi penginapan diteruskan. Akhirnya kami jumpa bilik bernilai B400 dengan bilik air didalam. Disediakan juga air mineral dalam bilik. Bolehlah. Tiada tempat nak sangkut baju. Susah juga ni..akak nak cuci baju. Nanti difikir dulu cara nak selesai masalah ini.

Nama penginapan kami ini “ Canan Guesthouse”. Kami buat pencarian melalui aplikasi “map me” senang terus sampai ke lokasi ini. Lokasi ini sering menerima pelancong asing. Ada ruang santai di ruang utama . Yang seronok lagi memudahkan ianya hanya 200 meter dari “night market”dan Stesen bas Kanchanaburi . Jalan kaki pun sampai.

Night market disini,rupanya buka awal. Jam 4 petang dah mula beroperasi. Banyak sudah gerai buka dan mula berjualan. Macam meriah jerr… Kalau nak ambil gambar lokasi night market ini,petang sesuai sangatlah. Orang dah mula ramai kerumun gerai makanan,baru cantik snap gambar.

 

Nak tahu lokasi menarik di Kanchanaburi ini…jom tengok senarai bawah:

1.       Kanchanaburi War Cemetry- Kawasan perkuburan yang menjadi landmark pelancong negara Thailand. Dijaga cermat. Ianya merupakan antara tinggalan sejarah yang masih dijaga rapi. Lain-lain info ,sila google di laman sesawang. Masuk percuma disini. Nak ambil gambar cantic kena waktu petang. Petang pula,merupakan waktu kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja sini-boleh lihat cara kerja mereka,boleh lihat mereka menyiram rumput lokasi perkuburan ini. Sebab itu kita boleh lihat Kawasan perkuburan ini menghijau rumpunnya,kerana sentiasa dijaga rapi oleh pekerja.
2.       River Kwai Bridge – ini juga lambing sejarah Tahailand merangkap catatan dunia kisah lampau yang menjadi sejarah  yang terlibat. Waktu sesuai nak bergambar ialah awal pagi dan lewat petang. Hasilnya pasti dapat gambar cantik. Banyak gerai menjual cenderahati disekitar lokasi ini. Ada perkhidmatan berbayar “boat trip” atau “train trip”. Kami tak berkesempatan .
3.       Jeath War Museum – sebelah River Kwai Bridge saja. Ada menjual pelbagai barangan cenderahati dan batu permata.
Semakin maju lokasi ini. Siang hari boleh membeli-belah aneka barangan cenderahati,ada pakaian,seluar kraf,aksesori wanita dan barangan seperti batu permata turut dijual. Bila petang menjelang tepi sungai yang sedia wujud gerai makanan lengkap dekorasi menarik turut menghidangkan aneka menu sedap khas air tangan masyarakat tempatan. Bagi yang datang dengan perut kosong boleh mencuba menu-menu di gerai tersebut.

Tamat,kisah River Kwai Bridge.

Sambung cerita akak pula,

Kami tak juga membeli apa-apa di River Kwai Bridge- sekadar berjalan mengimbau kenangan kami pernah ke lokasi ini lebih 10 tahun lepas…banyak sangat perubahan dan kemajuan lokasi ini. Sememangnya Kerajaan Thailand amat menjaga dan memberi penekanan yang bagus kepada penduduk tempatan untuk memajukan lokasi pelancongan. Kita sedia maklum Negara Thailand ini amat menitik-berat sector pelancongan kerana ianya merupakan sumber utama kepada ekonomi negara . Tinggalkan cerita ini.

Mari baca kisah akak seterusnya,usai mengetik beberapa foto di sekitar River Kwai Bridge,Kanchanaburi War Cemerty dan Jeath War Museum kami bergerak pulang ke penginapan. Maklumlah dah petang . Tak terus pulang tau! Jalan lagi,alang-alang dah gelap singgah terus di night market untuk makan malam. Menu kali ini,nasi goreng daging . SEDAP!!! Nasi goreng daging dan sup daging serta ubat sakit perut harga B240. Abe Mat sakit perut itu sebab kena beli ubat sakit perut,kami minta bantuan Tuan gerai makan beli ubat di farmasi.

Tak cukup dengan itu kami beli 2 bungkus roti dan air susu ( ini bekalan untuk sarapan esok).Harga B75.50.

Selesai makan,kenyang. Kami balik ke bilik. Pagar dah kunci! Kami telah diberi awal-awal oleh pemilik Canan guesthouse kunci bilik dan pagar. Kena buka sendiri pagar untuk parking motor di dalam dan terus kunci. Ketika berjalan menuju ke bilik kami,kedengaran suara berbisik dari bilik penghuni lain-begitu lah saling menjaga keharmonian suasana supaya semua penghuni/penginap selesa berehat dengan aman tanpa gangguan suara.

Tips perjalanan:

1.       Berhati-hati dengan pengambilan(pembelian) makanan- khutir terkena keracunan makanan. Faktor kebersihan boleh menjadi punca kepada keracunan,maklumlah proses penyediaan makanan untuk dijual terdedah persekitaran yang tidak kita tahu tahap kebersihan.

2.       Lokasi pelancongan di Kanchanaburi ini banyak tapak sejarah lampau. Untuk mengambil foto kenangan perlu ke lokasi awal pagi (tapi dikhuatir tidak dibuka terlalu awal pagi) atau petang. Tengahari terlalu panas dan pencahayaan yang agak terang,kecuali rajin dan pandai main penataan kamera.

Sambung cerita…

Sampai saja dibilik,kami rehat dan bersihkan diri. Abe Mat kepenatan akibat keracunan….letih dan perlu tidur awal untuk sambung trip seterusnya esok pagi. Selamat malam Kanchanaburi,jumpa esok.


You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif