Mumbai -day 1

Abe Mat sampai tengah malam,uppss bukan dah pagi. Jam 1.30 pagi 10 September 2022. Baru check in hotel.  Antara yang tidak seronok atau kita...

Abe Mat sampai tengah malam,uppss bukan dah pagi. Jam 1.30 pagi 10 September 2022. Baru check in hotel. 


Antara yang tidak seronok atau kita patut elak ialah malam atau dinihari untuk check in hotel. Segalanya mahal. Kena tambang teksi rm100 dari airport ke hotel. Memang sangat mahal. Tapi apa boleh buat,bila nak cepat dan badan pun penat. Dah sampai terus rehat...nanti bangun baru buat perancangan lain pula.

                                                          
Bangun pagi mencari makanan yang boleh dimakan. Jangan risau Mumbai mempunyai banyak kedai makanan halal. Ada lebih 900 masjid di barat Mumbai. Mujurlah dapat minum teh sedap dan rasa asli (made in Mumbai).


Pagi yang seronok dapat layan kumpulan sang merpati di Gateway of India,Mumbai.


Mumbai

Kak Mahh nak cerita sedikit mengenai Mumbai ini. Ianya merupakan nama baru bagi Bombay. Dulu-dulu dikenali sebagai Bombay. Pada tahun 1996 ditukar nama bandar besar ini kepada Mumbai. Lokasinya terletak di barat Negara India. Boleh buka peta India dan lihat kedudukan lokasi Mumbai ini.
Turut dikenali sebagai bandar "Bollywood".
Bandar Mumbai ini mempunyai antara penduduk paling ramai di India. Jangan terkejut pula,hasil bacaan Kak Mahh Bandar Mumbai ini merupakan bandar kedua teramai penduduk di dunia. 
Navi Mumbai dan Thane merupakan bandar yang terdekat dengan Mumbai.

Tahukah anda .....Mumbai ini "Gelaran Bandaraya Dunia Alfa - tahun 2009 ".
Ianya juga merupakan bandaraya terkaya didunia.
Mumbai suatu waktu dahulu merupakan gabungan 7 buah pulau yang membentuk koloni nelayan. Ini antara hasil ekonomi Mumbai.
Jangan lupa pula, ianya juga merupakan pusat perusahaan filem dan televisyan.  Bahasa yang digunakan untuk aktiviti kesenian ini ialah bahasa hindi dan marathi. Kehebatan dan popular serata dunia menyebabkan Mumbai ini digelar Bollywood.

Apa menarik di Mumbai :
  1. Gateway of India - dibina antara tahun 1911-1924, sempena memperingati kunjungan Raja George V dan Ratu Mary ke India.
  1. Kuil Mumba Devi -merupakan kuil tertua di Mumbai
  1. Masjid Hj Ali - terletak di pantai kota Mumbai. merupakan lokasi pelancongan untuk semua pengunjung . Bangunan ini merupakan monumen dari Sayid Pir Haji Ali Shah Bukhari.
  1. Katedral St. Thomas -dibina tahun 1718.


Sekian ,laporan hari pertama di Mumbai.




You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif