India ,Abe Mat datang lagi
5/01/2023Assalamualaikum guys....
Salam jelajah. Salam kembara. Salam meninjau negara asing. Ini merupakan trip yang tertunda pada tahun 2022.
Seperti yang sedia maklum,tahun 2022 Abe Mat dah ke India sehingga ke Leh. Utara India yang berhampiran Himalaya.
Berikut sedikit informasi mengenai Leh :
Nak tahu lebih lanjut ,nanti google tau.
Yang best lokasi ini ialah cuaca yang sejuk. Jadi bagi sesiapa yang mahu ke sini sememangnya kena betul-betul rancang waktu/cuaca yang sesuai untuk ke sini.
Bagi Abe Mat pun begitu juga bukan sesuka hati nak ke sini tanpa perancangan. Kena pantau cuaca semasa,kena tahu suhu yang sesuai untuk bergerak dalam salji. Abe Mat selalu berhubung dengan kawan yang menjaga skuter disana.
Sebenarnya dah lama benar skuter kami di India,sejak sebelum pandemik covid lagi. Sehingga lah sekarang skuter masih berada disana.
Untuk trip kali ini,perancangan awal ialah membawa pulang semula skuter. Doakan ianya selamat sampai bersama Abe Mat.
Sekian ,catatan permulaan penulisan kali ini.
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif