Ladakh , India
5/14/2023Assalamualaikum guys....
Kembali kisah perjalanan hari pertama Abe Mat ke India. Bukan senang nak kesana,beberapa bulan merancang untuk sesuaikan dengan keadaan cuaca negara tersebut . Kena pula mencari dan mencari tiket.
Budget kena fikir sebab tidak tahu bagaimana situasi yang akan berlaku di sana kelak.
Setelah penelitian beberapa ketika,keputusan dibuat Abe Mat bergerak dengan motorsikal dari Kelantan ke KLIA. Motorsikal perlu dibawa untuk memudahkan pergerakan Abe Mat mengambil sendiri Visa India di sana. Alhamdullillah selesai segala urusan.
Seterusnya pada 26 April 2023,bermulalah kembara Abe Mat menuju ke India. Destinasi pertama sampai di Delhi. Abe Mat hanya bermalam di airport saja kerana perlu meneruskan perjalanan ke Ladakh selepas 5 jam mendarat dan berehat di airport Delhi.
Alhamdulillah,selamat sampai dan mendarat di Ladakh. Seterusnya Abe Mat perlu ke Leh kerana skooter berada dalam stor kawan kami di Leh.
Sedikit info mengenai Leh- ianya terletak di wilayah Jammu Kashmir,dibahagian utara India. Leh mempunyai nama lain yang dikenali Maryul atau Kha-chumpa. Yang sangat mengujakan ialah Leh ini terletak dipergunungan Himalaya dan Karakoram. Pasti pemandangan sana sangat cantik.
Suhunya pula sangat ekstrem ketika musim panas iaitu sekitar 38 C hingga 7C,manakala jika musim sejuk pula ia mencecah -27C hingga 9C . Bersedialah untuk suhu yang sangat panas dan sejuk mengikut musim.
Ramai tertanya-tanya agama masyarakat disana. Kebanyakan menganut Buddisme dan Islam,segelintir juga menganut Kristian serta Hindu.
Landmark pusat ibadat mereka jelas tegap kelihatan di Istana Leh dan komplek kuil bagi agama Buddisme. Manakala yang beragama Islam pula mereka ada Masjid Jama dan Imambara Leh sebagai lokasi ibadat untuk golongan muslim dan syiah.
Sekian info lokasi,penulisan seterusnya akan diceritakan mengenai kisah Abe Mat dan skooter di Leh....
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif