Masjid Cina Kelantan

www.ceritaku.my

Masjid Cina Kelantan,kalau di Kelantan inilah panggilan yang kami rakyat tempatan gunakan untuk masjid ini. Saya sendiri awalnya keliru sama ada namanya Masjid Beijing,Masjid Cina atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Terjawab sudah kekeliruan ini,rupanya ketiga-tiga nama itu mewakili satu masjid saja.Berbalik pada cerita Masjid Cina ini,mulanya kami pelik ada seorang pakcik yang tidak benarkan seorang pemuda,masuk ke masjid ini. Patutlah pemuda tersebut tak menanggalkan sepatunya. Cuba lihat..sudah terpapar jelas supaya sepatu ditanggalkan di tangga ini.

www.ceritaku.my

Bagi yang belum pernah ke sini,inilah pandangan awal yang kita dapat lihat bila memasuki kawasan depan Masjid Cina lokasi meletakkan kenderaan. Terus pandang ke atas...tinggi juga ya.. 

www.ceritaku.my

Sebelah kiri pula,ada lokasi ruangan jualan kalau tak silap saya. Selalunya masa kami suami isteri melintasi Masjid Cina ini ruang kiri digunakan sebagai ruang niaga. Hari ini tak ada pula para peniaganya,mungkin petang nanti...maklumlah masa saya ke sini sehari sebelum umat islam menyambut syawal 2012. Saya tinggalkan pembaca sekalian...kita tunggu entry selepasnya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu,
    ohhh dok sapa lagi ke mesjit ni. Nampak comey deh.

    ReplyDelete
  2. bumbung masjid tue design bumbung cina....

    ReplyDelete
  3. As-Salam. uhh tak tahu pun wujud masjid ni kat Kelantan ehhh ... menarik ..nanti nak carilah.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  4. En.Hasrulhassan...silakan dah lama masjid ini,saya baru saja berkesempatan akhir ramadhan lepas.

    ReplyDelete
  5. Iklas:Nak tanya...ramai cina ke yang sembahayang di Masjid Cina?...

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen