India Gate , India

Assalamualaikum. Namasste! Dari jauh akak bagi  salam. Ini merupakan kali ke 2 akak ke sini. Entry pertama pun akak tak sempat nak tulis ...


Assalamualaikum. Namasste! Dari jauh akak bagi  salam. Ini merupakan kali ke 2 akak ke sini. Entry pertama pun akak tak sempat nak tulis di sini. Jadi akak akan tuliskan sekali kisahnya di sini.

INDIA GATE

Tahukah anda ,jika jejak kaki di India. Khususnya di New Delhi. Inilah lokasi tarikan pelancong yang akan dibawa oleh tour guide. Akak tiada tour guide sebabnya ini sudah kali ke 2 akak ke sini,kali pertama pun akak terjah sendiri juga. Bezanya kali pertama dulu kami lihat keindahan suasana pemandangan INDIA GATE pada waktu malam.

Terletak di Bandar New Delhi,ianya merupakan jantung bandar ini. Malah inilah monumen nasional India. Asalnya ia dikenali dengan nama "Tugu Peringatan Perang Seluruh India".


                                       www.ceritaku.my

Untuk cerita sejarah selanjutnya,bolehlah kalian baca di website. Boleh baca di blog ini. Banyak perkongsian lokasi yang ditulis oleh blogger ini,malah lokasi yang dilawatnya sama dengan lokasi akak. Hanya untuk pengalaman akak di India,akan akak kongsi kelak (jangan ditanya bila).

                www.ceritaku.my


Bezanya sekarang akak rasa sekitar India Gate ini sudah semakin meriah dengan para peniaga yang pada pandangan mata akak ,mereka dipantau oleh pihak berkuasa tempatan. Nak bergambar sekeliling tugu ini pun boleh. Ikutlah daya tahan diri kalian. 

                  www.ceritaku.my

               www.ceritaku.my
  

TIPS KE INDIA GATE

1. Sila bergerak awal pagi ke lokasi ini. Lokasi ini adalah kawasan lapang dan terdedah pada panas matahari. Ada juga taman berdekatan,tapi nak bergambar dari taman agak jauh. Jadi kenalah pandai-pandai cari lokasi untuk mengambil gambar kenangan.

2. Bawa bekal air minuman,maklumlah panas. Jika anda berada waktu siang di sini,malam pun dahaga juga.

3. Boleh membeli makanan ringan yang ada di sekitar India Gate,ikut selera kalian. Menu jualan :kekacang,ubi bakar atau rebus,jagung pun ada. Semuanya bergantung pada selera kalian.

4. Akses ke lokasi ini boleh dengan pengangkutan awam seperti teksi atau van,pandai-pandailah tawar menawar harganya. Maaf tentang harga akak tak boleh nak beritahu sebab akak berjalan kaki dari New Delhi Railway Station hingga ke India Gate. Sampai India Gate kena rehat lama-lama dan bergambar sepuasnya. Balik pun berjalan kaki separuh jalan baru naik teksi.

5.Berhati-hati dengan barangan peribadi kalian. Sebabnya terlalu ramai pelancong dan warga tempatan di lokasi ini,dikhuatiri barangan penting kita tercicir.

6. Untuk pengetahuan kalian pemandangan malam Tugu ini juga,sangat cantik kerana dari jauh kita nampak kelipan cahaya lampu. Kalau berkesempatan bolehlah datang lokasi ini siang dan malam.


Kesimpulannya

Berada di India seperti akak berada di Malaysia,mungkin disebabkan di negara kita sendiri ramai bangsa India ianya tidak menimbulkan apa-apa rasa ketakutan dalam diri. Dua kali sudah akak jejak kaki ke sini kemungkinan kali 3 inshaallah. Banyak lokasi menarik dengan pelbagai uniknya corak hidup masyarakat disini.

Itu saja kisah INDIA GATE,nanti akak kongsi kisah lain pula.Tak boleh panjang-panjang tulis...penat. Bye ...



You Might Also Like

6 rajin tulis

  1. menarik perkogsian akak di India. Suka baca ayat-ayat akak, buat saya ketawa sendirian. Namasteee jugak lah.

    ReplyDelete
  2. seronoknya akak berjalan ke sana..selamat bercuti kak..hehee

    ReplyDelete
  3. Namastee akak, mera nam zumal. Bestnya kalau dapat pergi sana.Teringat filem2 Bollywood lak.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif