Kampung Mesilou

Assalamualaikum....salam dari kaki Gunung Kinabalu. Tahukah kalian,perkampungan yang paling hampir dengan kaki Gunung Kinabalu ialah Mesi...


Assalamualaikum....salam dari kaki Gunung Kinabalu. Tahukah kalian,perkampungan yang paling hampir dengan kaki Gunung Kinabalu ialah Mesilou. Disini memang banyak lokasi penginapan yang boleh jadi rambang mata kita memilih nak bermalam dimana. Betul-betul berada di kaki Gunung Kinabalu.

www.ceritaku.my


Perkampungan yang kecil tetapi memenuhi tarikan pelancong seluruh dunia. Bukan setakat di Malaysia,satu dunia datang ke sini.

Tarikan di Mesilou:

1. Sajian pemandangan indah suasana sekitar perkampungan ini. Lanjut boleh pembaca klik INSTAGRAM .

2. Boleh survey pelbagai lokasi penginapan untuk bermalam jika kalian jenis macam akak...berani terjah!

3.Boleh main golf di kelab golf berhampiran,kenalah bayar sikit tapi masih murah serendah rm10 bolehlah nak hentam pukul bola golf sebakul yang diberikan tu. Bila lagi nak mencuba.

4. Jangan lupa ziarah lembu peliharaan akak di Desa Cattle . Boleh makan aiskrim dan lihat kambing juga disana.

5. Lokasi Mesilou ini sesuai sangat nak bergambar kerana pemandangannya yang berlatar-belakang Gunung Kinabalu.

www.ceritaku.my

6. Bagi yang muslim nak bersolat di Surau Kampung Mesilou pun boleh,tak perlulah ke Masjid Jamek Kundasang di jalan utama. Ini yang terdekat.

7.Oleh kerana lokasi ini kebanyakkan kediaman penduduk sudah diubah-suai kepada homestay , jangan risau kalian boleh dan bebas bergerak antara kediaman setempat dan boleh saja bergambar. Mintalah izin dengan pemilik premis,mereka semuanya baik dan ramah dengan pelancong. Dengan kata lain "mesra pelancong".

www.ceritaku.my

8. Sering kelihatan pelancong keluar berjogging,sama ada pagi atau petang jika mereka menginap disini. Jangan takut melakukan aktiviti kegemaran kalian.

9.Bab makan jangan risau banyak gerai atau cafe penginapan di sini. Kalau rasa tak boleh makan juga turunlah ke pekan Kundasang makan KFC,atau roti canai di belakang bank situ.

Kesimpulan:
Jangan malu bertanya,jika berada ditempat orang. Banyak lokasi,banyak perkongsian ilmu yang kita dapat kalau berbual dengan masyarakat setempat.

Lokasi-lokasi ini akak sudah terjah ,sambil ambil gambar dan bermalam di Surau Mesilou. Sila percaya!


Hingga jumpa lagi...bye

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif