Sabah - Kinabalu Pine Resort
Sabah - Kundasang
Kinabalu Pine Resort
3/14/2018
Assalamualaikum....sejuk wei kalau sesiapa yang pernah menginap sini. Bolehlah nanti kongsi cerita betapa sejuknya suhu di sini.
Bagaimana nak menginap di sini?
1. Datanglah melawat Sabah baaa
2. Boleh guna Agoda.com
3. Boleh guna Bookings.com
4. Boleh guna Trivago
5. Boleh guna Hotels.com
6. Boleh guna Traveloka
Semak review bolehlah intai-intai baca di tripadvisor.com.
Nak lebih teruja...jangan booking,datang sini . Kita terjah...ada berani.
Lokasi Kinabalu Pine Resort
Terletak di Kundasang. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Hanya ditepi jalan saja resort ini. Sabah negeri gunung-ganang jadinya kenalah berada di tanah tinggi sikit dari jalanraya. Ianya bersebelahan dengan penginapan popular Walai Tokou.
Kelebihan menginap di sini:
1. Berada di lokasi alam yang nyaman , damai dan sejuk.
2. Disajikan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
3. Boleh berswafoto dengan keluarga di anjung santai ...seperti gambar atas.
4. Boleh berjalan kaki saja ke Koperasi Walai Tokou untuk menikmati juadah masyarakat setempat.
5. Kalau malas jalan kaki boleh saja makan-makan dan minum di restauran Resort ini. Akak sudah beberapa kali bersarapan di restauran ini. Harga mampu bayar dan makanannya sedap,dengan kata lain ianya menepati selera akak.
5. Lokasi ini merupakan kediaman mewah juga kerana harga penginapan berdasarkan pilihan bilik yang kita tempah tetapi ianya berbaloi kerana berada di kedudukan strategik untuk bergerak ke Ranau.
Kesimpulannya:
Jangan risau untuk menginap di Sabah. Sudah banyak lokasi penginapan budget yang boleh kita bermalam. Semuanya terserah pada isi kandungan poket kalian. Tak salah berbelanja mewah untuk hadiah diri sendiri. Tak rugi berjimat, agar kita ingat keperluan lain yang lebih utama didahulukan.
10 rajin tulis
harap2 ada rezeki sampai di sabah :)
ReplyDeleteInshallah dipermudahkan segala urusan.
Deletereferensi menarik, bookmark dulu, belum ada cuti liburan :(
ReplyDeleteTq.. boleh bookmark yang lain juga.
DeleteBestnya. Kena letak dalam list staycation bila gi Sabah nanti.
ReplyDeleteIya...antara lokasi kegemaran ramai ni.
DeleteCantik tempt ni.. Rmi juga tgk kwn2 pegi Sabah menginap di sini.. View mcm overseas
ReplyDeleteBetul...sejuk Dan nyaman.
Deletemoga dimurahkan rezeki aida sekeluarga utk jejak kundasang ye kakMahh.
ReplyDeleteboleh la kot kita jumpa :)
Inshallah,jika Ada rezeki Dan peluang boleh Kita jumpa.
DeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif