Piyamit tunnel part 4

Inilah mini muzium yang ada di luar terowong piyamit.Banyak juga barangan lama yang dipamerkan di sini. Maaflah pembaca sekalian ada beb...

www.ceritaku.my

Inilah mini muzium yang ada di luar terowong piyamit.Banyak juga barangan lama yang dipamerkan di sini. Maaflah pembaca sekalian ada beberapa gambar yang tidak berjaya dimasukkan dalam blog ini tetapi anda boleh lihat di halaman CERITAKU UNTUK MU. Banyak gambar menarik ada di halaman itu,boleh lihat jika berkelapangan.

www.ceritaku.my

Semua yang dipamerkan merupakan peralatan lama yang digunakan pada zaman tersebut. Untung juga datang singgah dan melihat barangan lama ni,bukan senang nak jumpa di pasaran sekarang.

www.ceritaku.my

Bendera bintang 3 pun masih baru tergantung,senapang lama. Mujur dalam kabinet...kalau tak dah boleh cuba.

www.ceritaku.my

Ada mesin jahit lama...nampak seperti boleh digunakan lagi tapi kena servis dulu.Alat muzik pun ada,barang kali digunakan ketika mengisi masa lapang di hutan.

www.ceritaku.my

Pelbagai jenis radio.Ini saja paparan gambar yang sempat saya ambil...kami dah nak balik Malaysia,Kelantan.

www.ceritaku.my

Ketika perjalanan menuruni ke jalan luar saya nampak ada lokasi ibadat yang dibina. Ada beberapa pengunjung yang baru selesai sembahyang di situ.

www.ceritaku.my

Masih kelihatan sisa kertas pembalut mercun,maklumlah malam semalam merupakan malam perayaan tahun baru cina.


www.ceritaku.my

Selesai melawat Piyamit tunnel,kami menuruni bukit ke kereta dan dapat pula melihat keunikkan lori yang diubahsuai kepada kenderaan penumpang. Kalau anda pelancong backpacker pasti kenderaan ini sebagai pengangkutan anda.

www.ceritaku.my

Kami pula menyusuri jalan menuju ke Sungai Golok. Memandu berdasarkan maklumat penduduk tempatan.

www.ceritaku.my

Malangnya kami ditahan oleh askar tempatan,gementar adik ipar saya (berbaju kuning). Bukannya kami buat kesalahan tetapi demi menjamin keselamatan pelancong mereka bertanya tujuan ke Thailand dan lokasi seterusnya...kebetulan pula jalan yang kami lalui merupakan laluan panas...(yang sering kedengaran dibom,dalam tv). Alhamdulillah...dapat pula bergambar.

www.ceritaku.my

Kami meneruskan perjalanan ke border Malaysia - Thailand.

www.ceritaku.my

Keunikkan di Thailand...Malaysia semua landasan keretapi sudah dipagari kawad besi.

www.ceritaku.my

Inilah laluan terakhir sebelum sampai di Sungai Golok,kami selamat sampai di Rantau Panjang sudah menghampiri waktu asar. Selesai trip yang seronok dan jika berkesempatan kami akan bercuti beramai-ramai lagi.THE END.

You Might Also Like

5 rajin tulis

  1. wah...bergambar dengan askar, nak pulak diorang kan. ingatkan askar ni garang, tambah-tambah askar negara lain, sporting jugak yer...

    ReplyDelete
  2. Kami minta izin nak bergambar buat kenang-kenangan. Ada salah seorang di kalangan askar tersebut boleh bertutur Melayu-Kelantan...memudahkan komunikasi kami.

    ReplyDelete
  3. ingt last pergi sg golok dl masa banjir thn berapa ntah,..hehe

    Nak jemput akak dan semua pelawat blog ni join contest terbaru cik tom ye: Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif