Menu
Pemandangan cantik dan unik
Perlis - Wang Kelian
Border Padang Besar,Perlis
12/30/2012
Selesai makan laksa Kak Su Kuala Perlis dan berjumpa dengan rider Hasmizal juga penulis blog. Anda boleh baca penulisannya di Irdina sekeluarga. Kami singgah di Taman Negeri Perlis,sebab saya macam ternampak kelibat seseorang yang dikenali ada di situ.
Yes....betul ini kawan kami. Boleh dikatakan Otai rider juga. (gambar kami dah minta izin penyiarannya dari tuan badan).Mereka sekumpulan baru saja selesai jelajah berbasikal di sekitar selatan Thailand.Sempatlah berborak sekejab sebelum kami bertolak ke border.Selamat tinggal kami jalan dulu.
Melepasi arked pekan sehari...macam tak berfungsi lagi arked ini.
Selesai cop passport,Abe Mat berposing dengan salah seorang pegawai imigresen Thai kalau tak silap saya.Sambil bercerita untuk mendapatkan maklumat destinasi ride kami seterusnya....Ramai yang tertanya-tanya kami nak menuju ke mana ni?....Jom! ikut ride jangan banyak tanya.
Solo ride ni best tak terikat,nak berhenti lokasi mana? Nampak kedai makan terus kami berhenti sebab lapar pun ya....sebab hujan pun ya juga. Sambil makan sambil menunggu hujan berhenti.
Meja depan kaunter kedai dah pamer pelbagai makanan enak. Pilihan di tangan anda pesan dan makanlah ikut selera.
Memang menakjubkan....hidangan tukang masak dari Pattani ini. Sedap...menyelerakan,banyak pula walhal kami pesan setiap menu untuk hidangan seorang makan.....maaf ya nak makan dulu nanti kita sambung cerita nak ride mana ni? Sabar ya.
12 rajin tulis
masuk thailand tak sah kalau tak pekena tom yam kan, hehe...
ReplyDeleteBetul tu...perencah tomyamnya yang membezakan dengan perencah tomyam Malaysia.
Deletetom yam yang sangat2 mengiurkan..hehehe
ReplyDeleteJom...lah cuba baru tahu.
Deletemasakan pure orang patani memang sedap
ReplyDeleteBukan saja sedap ianya murah...
Deleteberkenan la dengan meja makan tu
ReplyDeletenampak macam buluh
Boleh buat sendiri untuk kediaman atau datanglah sini ada jual.
Deletesdapnyer,, huuuuu
ReplyDeleteBaru tengok gambar dah kata sedap...bayangkan rasanya bila disuap masuk ke dalam mulut...umpph memang terbaiklah.
DeleteSatu lagi yang saya puji selain masakan siam ni...
ReplyDeleteLayanan mereka marbeles...terasa perbezaannya dengan makan di kebanyakan kedai di tempat kita...
Theunsecured business loanscarry high interest while secured business loans have smaller rate of interest http://pxl.co/
ReplyDeletethe applicants can certainly sign up for cash loans for
unemployed people with low credit rating as they're online.
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif