Pemandangan cantik dan unik
Thailand -Piyamit Tunnel
Piyamit tunnel, Betong Thailand
12/18/2012
Selesai bergambar di ayam batu...Kami bergerak nak menuju ke Piyamit tunnel.Bila melalui jalan ini mesti akan terjumpa di sebelah kiri jalan "Peti Pos Terbesar " ini. Sesiapa yang nak kirim surat boleh masukkan dalam peti ini...hihii Ini lah antara satu tarikan pelancong untuk ke Betong,di lokasi ini ada juga....lihat bawah..
Tugu...saya pun tak pasti tugu apa tapi yang pasti depan tugu ini ada gerbang yang unik...lihat gambar bawah.
Cuba lihat bahagian atas gerbang itu.....Itulah keunikan gerbang yang melambang anutan agama masyarakat Thailand.Selesai di sini kita ke Terowong Piyamit pula.Perjalanan sekitar 20-30 minit saja dengan pergerakan sederhana perlahan kenderaan.
Akhirnya...sampailah kami di Piyamit Tunnel. Kami berdua dah masuk kali ke 2/3 ke sini.Kali pertama dengan motorsikal,dan kali ini berkereta pula.
Ini bahagian bawah tepi bukit laluan menuju ke kaunter tiket...
Gerbang Piyamit tunnel.
Ada sedikit bayaran masuk dikenakan.Dimaklumkan bahawa jika hujan...pelancong tidak dibenarkan masuk terowong (kisahnya kami pernah datang,tapi tidak dibenarkan masuk demi keselamatan).
Ini bahagian bawah sebelum sampai di kaunter tiket.(gambar diambil dari atas) Jom! tiket dah bayar kita masuk terowong...
Kena mendaki...pula,meletihkan...tinggi tu mendaki,saya paling akhir.
Gambar ini diambil ketika sudah menghampiri kawasan ruang legar untuk masuk ke terowong. Berhentilah dulu penat mendaki bukit ni....nanti kita sambung apa yang ada dalam terowong tu...Bye,nak rehat penat mendaki ni.
9 rajin tulis
wahhhh... bestnya. tapi tak sanggup nak jalan kaki jauh2... huhuhu
ReplyDeletehuh... pasti penatkan
ReplyDeletebetong Thailand...bentong pahang :P
ReplyDeleteJangan tertukar NEGARA.
Deletepergh.kena mendaki..kalau saya dah krem dah kaki tu..hahaha
ReplyDeleteboleh kurus klu tiap2 hari panjat tangga camni haha
ReplyDeleteBetul tu Khairul...tunggu dalam terowong pula...suprise!!!
DeleteBuka bekal lepas tu...tak boleh nak masuk terowong ni...Kena daki lagi ni masuk terowong Diana.
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteMacam mana motor Abe Mat..
Dah ok ke sekarang...
Atau upgrade motor baru?
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif