Indonesia 2012 - Pulau Karimun
Jalan-jalan cari makan
8/06/2012
Hujan selebat-lebatnya hingga memaksa kami berdua santai lama di Pasar Karimun.Kalau tadi kami dah makan buah pisang yang dibeli dengan makcik penjual gerai buah-buahan tepi pasar. Rasanya nak meronda lagi sambil mencari apa makanan yang lazat disini.Macam siri jalan-jalan cari makan TV3 pula.Apa pun jangan buang masa,kita jalan..dan jalan lagi.
Terjumpa pula ini,buah-buah dan jeruk Abe Mat memang suka jeruk.
Beli satu buat makan sambil jalan-jalan.
Di sini bangunannya masih dalam reka bentuk lama.Untuk pengetahuan pembaca,lokasi tumpuan ramai ialah di sekitar Pasar Karimun serta lokasi yang berdekatan dengan terminal feri.Lokasi lain hanya dikunjungi dengan tujuan santai sambil meninjau pemandangan masyarakat setempat.Sumber ekonomi utama mereka tertumpu di sini.
Antara makanan kegemaran kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Bakar di sini dan terus makan panas-panas ...sedap juga.
Memang seronok,ada lokasi membeli-belah untuk cewek dan cowok. Jom ! ramai-ramai kita shopping..
2 rajin tulis
Interesting...
ReplyDeletemacam jeruk jer abe nasir pegang tu
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif