Makan satay !

Seharian berjalan-jalan,makan buah saja. Terasa berkeroncong perut. Saya memang suka satay. Hajat hati pun nak makan satay dah bau pun a...

www.ceritaku.my

Seharian berjalan-jalan,makan buah saja. Terasa berkeroncong perut. Saya memang suka satay. Hajat hati pun nak makan satay dah bau pun aroma satay dari kejauhan...jom! makan satay.

www.ceritaku.my

Pasar malam sini depan kedai barangan,jadi kalau nak pilih membeli masuk saja dikedai-kedai tersebut. Nak makanan pula kena melangkah ke gerai di depan. Mari ...lihat apa yang menarik.

www.ceritaku.my

Pastinya satay,nak juga rasa satay orang Pulau Karimun ni. "Pak...sataynya satu pinggan,makan sini ya!"

www.ceritaku.my

Cepat saja bapak ini bila pesanan dibuat....tak sabar dah ni,nak rasa satay.Kita lihat dulu apa menu lain yang boleh tambah kalau perlu.

www.ceritaku.my

Banyaknya...macam-macam ada. Meriahnya...macam pasar malam di Malaysia juga.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga menu kegemaran saya satay Karimun siap ada taburan bawang atasnya. Nasi impit,memang kenyang malam ni.Jemput...makan semua.

You Might Also Like

6 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif