Sabah - Kampung Labuan
Kampung Labuan ,Kelantan Vs Sabah
2/09/2018
Assalamualaikum... akak nak belanja gambar sekitar gambar perkahwinan antara 2 lokasi negeri yang agak jauh iaitu Kelantan si pengantin lelaki dan Sabah si pengantin perempuan. Jangan tanya lebih akak pun tak pandai mengenai adat mereka ini.
Perkahwinan mereka dilakukan mengikut adat bajau darat yang lokasinya terletak di Kampung Labuan dalam daerah Kota Belud.
Pasangan merupakan pendidik yang baru saja berkhidmat. Pengantin lelaki merupakan anak kepada kawan lama suami akak. Kiranya perkahwinan ini merupakan reunion Abe Mat bersama rakannya yang hampir 30 tahun tidak berjumpa.
Info perkahwinan
Setiap lokasi di Sabah ini,wang hantaran pengantin ada lah berbeza.
Malahan wang hantaran tersebut diberikan berdasarkan tahap pendidikan si pengantin atau harta kekayaan keluarga pengantin.
Kalau di Kota Belud ini penduduk kaya dengan peliharaan kerbau. Jadi ketika majlis perkahwinan tersebut menu utama adalah daging kerbau yang dimasak dengan pelbagai jenis. Antaranya daging kerbau masak kari dan daging kerbau masak cili.
Malah ketika syok-syok makan terkejut akak dek bunyi mercun. Macam mercun perayaan CNY .
Bagusnya, tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan.
Kesimpulan
Setiap lokasi mempamerkan adat dan budaya unik setempat. Bertuahnya kita dapat hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
Sekian.
33 rajin tulis
wow meriah ye majlis kahwin..seronok tengok pelbagai adat dari negeri masing2
ReplyDeleteKita belajar adat orang pula.
Deletealhamdulillah...ank sedara kawin orang sabah jugak..kat Lahad Datu..cumanya belah pengantin lelaki x buat majlis..cuma doa selamat jer..so kenduri ke adat2 tu mmg x tau...majlis belah anak sedara pun buat simple jer...ikut bajet..yg penting utamakan yang wajib...lgpun dua2 tgh belajar..anak sedara tgh PHD..yg suaminya plak pun plan nak sambung PHD jugak...dpt la jimat duit tu sikit2..hihi
ReplyDeleteIya, berbelanja pada perkara yang lebih memerlukan.
Deleteserius sedapnya daging kerbau
ReplyDeletehaihh lama tak makan
Wah...peminat kerbau rupanya.
DeleteAlhamdulillah.. ikut kata perumpamaan "ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemua jua"... kalau dah jodoh pasti dipertemukan jua. Perbezaan budaya buat perkongsian kehidupan jadi bertambah menarik. Semoga pasangan sentiasa diberkati dan berbahagia hingga ke syurga.. aamiin :)
ReplyDeleteAmin.. Buat pengantin.
DeleteMemang semua berbeza adatkan. Tapi jenuh juga kalau hantaran ikut taraf pendidikan.. apapun kalau nak tak kisah la kan.. seronok la kak mah ye berjalan sambil mengantor
ReplyDeleteJemput baca : https://shidotdotcom.blogspot.my/2018/02/punca-dan-rawatan-mengatasi-masalah.html?m=1
Seronok belajar adat negeri ini. Kami bekerja di Sabah.
DeleteThanks for sharing such info, as a Chinese I always wonder why some weddings looks so different and this post cleared up so many questions I have.
ReplyDeleteWelcome.
DeletePergh memang terbaik dari kelantan berjumpa sabah.
ReplyDeleteSemoga berbahgia sehingga akhirnya.
Amin.
DeleteBest tengok adat dan budaya orang kawen. Saya permah ke Jakarta dan Palembang utk tengok majlis kawen orang sama. Juga berbeza.
ReplyDeleteSetiap lokasi adat pasti ada bezanya.
DeleteItulah uniknya negara kita yang berbilang bangsa dan budaya ini.
ReplyDeleteKawin pun banyak ada yang berbeza walaupun dari negara yang sama.
Tapi itulah yang menjadika negara kita lebih berwarna warni
Setuju. Warna-warni kehidupan.
DeleteSeronoknya kalau SA berpeluang merasai budaya perkahwinan masyarakat di sana..mesti unik kan kak..SA suka bab-bab ni kak..cuma blom berekesempatan berkunjung ke sana
ReplyDeleteInshaallah suatu hari kelak.
Deletelagi satu kalau kat sabah,tak lengkap kalau tiada set karaoke;) jarang jumpa orang sabah yang tak pandai nyanyi. Semoga bahagia dunia akhirat:D
ReplyDeleteBetul. Kebanyakkan pandai menyanyi dan suara pun sedap.
DeleteSabah and Kelantan.
ReplyDeleteJauh. Beza budaya. Tapi bersatu di pentas yg sama.
Pelbagai budaya tu la buat Malaysia ni indah & seronok kan kakMah.
Lom lagi perkahwinan beza bangsa, sama meriah dan penuh tradisi masing2.
Jauh tapi ada 3 kali seminggu direct flight Kota Kinabalu ke Kota Bharu.
Deletedua buday bersatu dalam satu perkahwinan..tapi suka tang masakan guna daging kerbau tu. dah laam tak jumpa lauk kenduri ada daging kerbau..
ReplyDeleteSini banyak kerbau di sekitar Kota Belud.
DeleteOhh baru tahu mas kahwin dekat sabah ikut kawasan ya. Menariknya info ni
ReplyDeleteSetiap kawasan berbeza malah taraf pendidikan pun diambil kira.
DeleteTak pernah attend perkahwinan di negeri sabah, jauh sangat la nak ke sana semata-mata untuk majlis perkahwinan. by the way entah macam mana la rasa daging kerbau, tak pernah try.
ReplyDeleteBolehlah datang jika sahabat baik khawin sambil bercuti sini.
DeleteTernyata bangayk sekali ya adat itu. Bisa dibilang setiap daerah pasti punya masing-masing. Oiya, saya belum pernah jumpa tuh sama daging kerbau, macam mana ya rasanya.
ReplyDeleteDaging sedikit liat berbanding daging lembu.
DeleteWow! thanks for the information, i memang tak tau tentang adat perkhawinan kat sana. Now I kow a bit a bit already. Thanks
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif