Buah dabai

Buah dabai




Assalamualaikum. Tengok ...apa yang akak jumpa di Tamu Tuaran. Mula-mula ingat ini buah kelapa sawit. Rupanya ianya ialah buah dabai. Asal buah ini dari Sarawak. Peniaga Tamu Tuaran memajak / membeli borong durian dan buah dabai dari Lawas. Lalu dijual ditamu sekitar Kota Kinabalu.

Rupanya untung besar juga berniaga buah dabai ini. Nak tahu cerita KLIK SINI.


Info berkaitan buah dabai:

1. Asal dari Sarawak . Boleh juga dibeli di Miri ,lokasi yang paling dekat dengan Sabah.

2. Buah dabai dikategorikan antara 10 jenis buah yang popular di Tamu Sarawak. Kalian boleh baca di LINK ini.

3. Buah dabai ini merupakan makanan kegemaran suku Iban . Malah jika di Kapit,Sarawak dikatakan dabai dari bumi itu sangat enak dan berlemak.

4. Untunglah sesiapa yang dapat merasa makan buah dabai ini. Kandungan antioksida dalam buah ini sangat berkhasiat utk kesihatan badan. Begitu juga dengan sumber protein seperti potassium dan kalsium dalam buah ini.


5. Nama lain bagi buah dabai ialah Sarawak Olive.




*Akak tak pernah makan lagi buah dabai ini. Tetapi Abe Mat dah makan buah ini. Katanya sedap.
*Hasil dari temuramah dengan penjual di Tamu...rupanya senang sangat nak memasak buah dabai ini.

Cara masak buah dabai :

*Buah dabai dicuci bersih terlebih dahulu hingga bersih. Rebus hingga mendidih, dan toskan. Ada juga hanya disirami air panas saja buah dabai ini sudah boleh dimakan.

*Untuk lebih sedap buah dabai ini dimakan dengan kicap. Kalau orang Semenanjung buatlah sambal kicap Johor.

*Boleh dimakan dengan kulitnya sekali. Atau dikupas kulitnya.


Kesimpulan

Rasa buah dabai ini berlemak dan sedap - menurut Abe Mat. Bolehlah mencuba makan buah ini. Sebab bukan senang nak menikmati buah yang bermusim ,hanya yang bernasib baik saja boleh makan yang unik dan sedap.



Sekian....selamat mencuba resepi atau makan unik dilokasi anda.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

15 comments:

  1. Nasi goreng dabai juga sedap... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo..Ada ke menu nasi goreng dabai?
      Kedai Mana kak?

      Delete
  2. kakMahh nanti boleh la kot merasa jugak :)
    rugi tu tak rasa sebiji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Tunggu kot Ada kawan bawakan nanti.

      Delete
  3. akak duk sana pun tak terbuka hati nak makan buah ni, entah kenapa tak taulah

    ReplyDelete
  4. Sedap nih..tiap kali blk swk mmg beli..klu x balik..kirim kat anak sedara bwk blk Putrajaya..

    Biasa klu kite nak sediakan buah ni, kite just cuci bersih pastu rendam dlm air suam jer..x perlu rebus..dah lemhut..tos bersih..tuang kicap n buh gula sikit..mmg lemak berkrimmm..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq,...kalau berpeluang nak juga rasa.

      Delete
  5. pernah dengar pasal buah dabai ni, tapi tak pernah rasa lagi kak.

    ReplyDelete
  6. first time dengar pasal buah ni. nampak macam sedap juga. kalau berpeluang nak rasa juga :D

    ReplyDelete
  7. first time tengok buah ni kak. tq for the info.

    ReplyDelete
  8. pernah dengar tapi tak pernah rasa lagi. Buah ni kat Sarawak je ke ada?? Hope kalau ada rezeki ke sarawak, dapat la rasa buah ni

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif