Kampung Imbak, Tongod

Assalamualaikum dari tengah bumi Sabah. Tongod.  Nama lokasi : Kampung Imbak. Di Tongod,nak lebih jelas supaya kalian tahu iany...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum dari tengah bumi Sabah. Tongod. 

Nama lokasi :

Kampung Imbak. Di Tongod,nak lebih jelas supaya kalian tahu ianya berada dalam daerah Sandakan.


Cara sampai ke sini :

Melalui jalan darat,kenderaan ringan pun boleh sampai sini. Tetapi agak azab lah sikit kerana keadaan jalan yang kurang sempurna. Akak cadangkan kalian datang dengan 4WD.


Tujuan asal ke Tongod.
  • Melawat rumah awal penduduk di Tongod.
  • Nak sangat ke Imbak Canyon (malangnya 16km hampir sampai kami batalkan hasrat indah ini disebabkan beberapa perkara yang kami rasa tidak patut dan tidak perlu kami bayar untuk melihat lokasi indah negara ini)


www.ceritaku.my
Milik penduduk sini (Kg. Imbak)

www.ceritaku.my
Daging payau

www.ceritaku.my
Geng pemburu payau


Hasrat tidak kesampaian tetapi kami berjaya ....

  • Tidak berjaya ke Imbak Canyon tak bermakna kami gagal dalam penjelajahan ini. 
  • Kami berjaya kejar geng memburu. (lihat gambar atas).Kami berjaya bawa pulang 5 kg daging payau dan 10 kg tulang payau.

Pemburu muslim :

  • Umum sedia maklum,di Sabah pemburu sangat ramai. Tetapi kegiatan memburu amat terhad dan dikawal bagi mengelakkan kepupusan binatang ini. Selalunya dikalangan pemburu mereka ada yang menganut agama islam,bagi memudahkan proses penyembelihan mengikut syariat. Malah sekiranya tiada pemburu muslim turut serta,awal lagi diberitahu pada umum hasil buruan ini tidak halal. 
  • Di Sabah,mereka sangat menjaga perkara sebegini kerana dikalangan mereka ramai yang berkahwin dengan berlainan agama. Sikap menghormati antara agama ini amat tinggi di sini.
  • Kebetulan pula kami berjumpa dan membeli dari pemburu muslim,alhamdulillah rezeki tidak pernah salah makan hihiihii...



www.ceritaku.my
Ayam pun duduk sebumbung dengan tuan rumah



Tips travel dan kesihatan:
  • Mulakan perjalanan diawal pagi walau dimana saja kalian bertolak,agar sampai awal di sini.
  • Gunakan kenderaan 4WD ini yang terbaik kerana jalan yang banyak berbatu atau gravel.
  • Bawa bekalan makanan dan minuman anda. Jangan risau ada kedai juga sepanjang jalan,hanya sekadar ingatan untuk kalian yang tidak mahu berhenti di jalanan untuk membeli makanan.
  • Pakaian perlu sesuai,sediakan topi jika perlu.
  • Jangan lupa sediakan juga wang tunai secukupnya kerana di sini tiada ATM.
  • Kena ramah bertanya dengan penduduk,mereka semua mesra pelancong.

Kesimpulannya,jika kita berjalan nak ke sesuatu lokasi tetapkan pendirian kita secara rasional.Maksud akak kita berfikir secara waras berdasarkan situasi semasa. Jika kita mengikut rentak yang tidak patut berlaku dan memberi untung sebelah pihak lebih baik kita protes. Jangan kesal jika perjalanan yang kita rancang itu gagal,kita perlu ingat mungkin itu yang Allah tetapkan. Perancangan Allah itu lagi hebat.

Bye ,kita jumpa lagi di entry lain.

You Might Also Like

1 rajin tulis

  1. Saya belum pernah sampai di Daerah Tongod. Bagaimana pun, tulisan anda memberi saya sedikit informasi mengenai daerah terbesar yg terletak di tengah peta Negeri Sabah ini. Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif