Karakoram Highway, Pakistan

Assalamualaikum....salam kembara jauh dari utara Pakistan.  Akak perkenalkan laluan kami iaitu Karakoram Highway, atau ianya juga diken...



Assalamualaikum....salam kembara jauh dari utara Pakistan.  Akak perkenalkan laluan kami iaitu Karakoram Highway, atau ianya juga dikenali sebagai China-Pakistan Frienship Highway.  

Tahukah anda laluan ini merupakan laluan antarabangsa yang diguna-pakai oleh pihak Pakistan dan China untuk urus-niaga antara negara ini. Selain itu merupakan laluan yang paling bahaya dengan tiada kaki lima jalan dan berdinding batu di sepanjang jalannya. Malah ianya amat tinggi iaitu 4,693 metres (15,397 ft) dari paras laut.

Laluan Karakoram Highway.

  • Ianya melintasi Gilgit-Baltisan (nanti akak cerita entry akan datang)
  • Melintasi Hunza.
  • Juga melalui Khunjerab Pass.
  • Merupakan laluan SUTERA.
Baiklah ,akak akan cerita lebih panjang untuk entry lain mengenai laluan di atas.

Apa perasaan akak ketika melalui Karakoram Highway .

  • Tiada kata yang mampu menjelaskan,teruja dengan pengalaman baru.
  • Takut-tipulah kalau kata tak takut sebab laluan lebuh raya yang tiada kaki lima...silap pemanduan terus jatuh ke bawah.
  • Pada mulanya nak cepat-cepat saja melintasi laluan menakutkan ini,bimbang jatuh ke bawah.
  • Bila dah selesa pula rasa tidak mahu berakhirnya laluan ini kerana pemandangan masyaallah sangat cantik.
Harapan akak,kelak jika ada peluang sihat badan dan rezeki yang mencukupi akak nak lagi ke Pakistan. Sangat cantik pemandangan,sangat tidak puas mata ini merakam alam batu-batu utara Pakistan dengan keindahan limpahan saljinya.

Semoga ada rezeki buat kalian juga yang membaca entry ini hingga habis. Jangan lupa klik SEE FIRST DAN FOLLOW page CERITAKU UNTUK MU

Hingga jumpa lagi.

You Might Also Like

1 rajin tulis

  1. Cantik pamandangan namun mengerunkan. Lama juga saya tak melawat blog Kak..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif